Langkau ke kandungan utama

Membaca Bagi Orang Lelaki

DAKWAAN menyatakan bahawa orang lelaki tidak membaca adalah silap. Disebabkan kebanyakkan penulis juga terdiri daripada orang lelaki, ini bermakna orang lelaki juga masih lagi membaca buku.

Bagi membongkar rahsia apa yang lelaki mahukan, biasanya kita menonton perkara-perkara yang diminati oleh orang lelaki.

Orang lelaki minat membaca komik. Oleh sebab itu, PTS membongkar lombong komik yang dinamakan komik-M.

Orang lelaki juga minat perkara-perkara yang berteraskan seram, advanture, thriller dan psikik. Oleh sebab itu, PTS Fortuna juga membongkar lombongnya di dalam PTS Fortuna.

Orang lelaki juga minat membongkar benda-benda peribadi seperti cipta helikopter mainan, cipta botol tin, cipta perkakas rumah, cipta barang berdasarkan logam, cipta alat-alat dalaman komputer dan cipta-ciptaan terbaru.

Buku cipta-cipta tidak pernah kita dengar di dalam pasaran. Buku cipta-cipta hanya memerlukan teknik satu persatu dan pastinya bergambar. Di PTS, buku 'Senangnya Memasak' sudah berlari dengan laju. Hanya seorang pemain, Chef Hanieliza, buku tersebut meletup di pasaran. Buku ini menggunakan salah satu strategi iaitu langkah demi langkah dengan memasak.

Ada satu lagi perihal orang lelaki iaitu mereka suka mengembara. Mereka suka berjalan-jalan ke luar negara. Mereka suka mengembara, mereka suka mencari sesuatu yang baharu apabila mengembara.

Buku pengembaraan jarang berada di pasaran. Sebagai contoh 'Mengembara ke Tasik Kenyir', 'Mengembara ke Hutan Simpan', 'Mengembara ke Mesir', dan 'Mengembara ke Sarawak'.

Mulai Januari 2010, PTS Fortuna akan bergerak laju memikirkan produk lelaki yang tidak hanya bermain di dalam industri pekat melalui sastera tetapi merangkumi elemen baharu iaitu travelog, dan ilmiah santai.

Saya diberi tanggungjawab memikirkan produk baharu ini. Ada cadangan lain? Boleh sahaja catatkan di sini.






Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Lelaki suka kuasa, pangkat dan wang!
Ibnu Ali berkata…
@ Puan Ainon,

Kuasa diberi takper jangan giler kuasa.

Pangkat dianugerah takper, jangan main tikam belakang.

Wang direzekikan memang suka, jangan wang digilakan.

@ Tuan Syafiq,

Aku suka baca kitab kuliah. hehe
wahyu deen berkata…
Lelaki juga suka kepada wanita.


Lelaki suka akan perkara-perkara yang ringkas, mampu dibuat sendiri tanpa menyusahkan manusia-manusia lain.


Lelaki suka perkara-perkara yang indah seperti pemandangan yang cantik, melodi yang enak, rekabentuk kenderaan yang menarik.


Lelaki sekarang suka perkara-perkara teknikal, teratur, kemas dan terkini.

Lelaki dulu dan sekarang suka jadi Hero.
Penamasa berkata…
Asssalammualikum,

Lelaki sukakan sesuatu yang teknikal, boleh digambarkan dan mencabar mereka untuk berfikir. Saya sangat mengemar siri seperti CSI dan Criminal Mind dan Bones.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)