Perjuangan Itu Penat?

Sebahagian daripada kepimpinan PMRAM 2009

Bekerja untuk Islam itu penat dalam kemanisan, sakit dalam senyuman, peluh dalam kekentalan.

Apa juga yang dilalui hari ini adalah pengalaman yang mematangkan. Semalam saya berbual dengan seorang teman mantan mahasiswa Al-Azhar. Beliau menceritakan kepada saya hidup di Malaysia lebih penat daripada hidup di Mesir.

Saya menjawab, "Di Mesir, saya sudah belajar hidup penat dari pagi sampai malam. Bekerja bermula selepas Subuh, kemudian ke kuliah atau memenuhi jemputan mesyuarat, dan ke sini sana melaksanakan amanah sehingga tengah malam."

Oleh sebab itu, bagi saya dunia di Mesir atau di Malaysia sama sahaja kerana saya sudah mula belajar erti kepenatan (kerana menggalas amanah) semenjak hidup bersama PMRAM di Mesir.

Dengan beberapa hal demikian, saya sememangnya tidak gemar ada hari cuti kerana setiap hari sebenarnya adalah hari bekerja!


Comments

Salam Syeikh... semoga teruskan usaha dan sikap yang rajin ini walaupun dan berumah tangga nanti.

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim