Langkau ke kandungan utama

Mencari Modal

Tuan Rasul Amat dan Tuan Faiz Abidin yang mencari identiti

Ridwan Roslan (kiri) merupakan seorang Eksekutif Syariah Bahagian Pemakanan Halal di Batu Caves.
Lukman (kanan) merupakan seorang Penolong Pengarah (Bahagian Penerbitan),
Majlis Agama Islam Negeri Johor.


Yang pakai baju Melayu itu bukan pengantin

Biasanya modal akan diperoleh daripada perbincangan yang dilakukan. Semalam, saya bersama kawan-kawan (ex-Azhar) turun ke gelanggang dan membuka bicara berkenaan isu ini dan itu.

Pertemuan dengan perancangan bebas ini mengumpulkan beberapa orang teman yang kini sudah bertugas, yang masih menganggur dan masih mencari-cari peluang pekerjaan. Apapun, saya sentiasa mendoakan kebaikan daripada-Nya.

Dengan pertemuan sebegini sekurang-kurangnya banyak 'modal' yang diperoleh dan ada perkara yang mampu dibincangkan. Isu sekitar Dr Asri Zainal Abidin, kreadibiliti mahkamah syariah di Malaysia dan bermacam-macam lagi yang sempat kami bincangkan.

Sedia maklum bahawa dengan perbincangan tertutup ini, kita dapat mengutip pengalaman yang telah ditimba oleh kawan-kawan yang lebih dahulu menamatkan pengajian daripada kita.

Dengan perkongsian cerita ini, kita dapat tahu lubuk-lubuk penting untuk mendapatkan pekerjaan (terutama bagi yang masih belum mendapat pekerjaan).

Sesungguhnya setiap sesuatu itu adalah rahsia Allah Taala.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Kawan-kawan sekolah dan di universiti adalah modal kejayaan kita....

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)