Langkau ke kandungan utama

"Mak Redha Along Pergi"

KETIKA orang ramai berkejar-kejar menunaikan Solat Fardhu Jumaat di masjid, waktu itulah malaikat maut menjalankan tugasnya.

Sungguh Dia yang Maha Mengetahui semuanya. Baru seminggu kedua ibu bapanya pergi menunaikan fardu haji di Mekah. Kini, Along pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan onak dan duri ini.

KAK Ika atau nama penuhnya Nurul Zalikah Mat Zan adalah teman, sahabat, jiran, dan seorang mujahidah dalam satu jemaah kami.

Semenjak darjah satu hingga tingkatan lima, saya bersekolah dengannya di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang.

Rumah beliau betul-betul di hadapan rumah saya. (ketika saya tinggal di Bandar Baru UDA).

Kali terakhir saya menerima pesanan ringkas (SMS) adalah pada 22 September 2009. Raya ketiga. Dalam usia muda, Kak Ika menghidapi kanser.

Dalam saat keperitan menghadapi segala ujian dari Allah, beliau tidak pernah patah semangat. Biarpun ujian ini amat berat, tetapi beliau menerimanya dengan redha.

2

Tengah hari tadi, mama menelefon saya.

"Dia dah macam tahu yang dia tak lama dah. Sebab tu masa mak dia nak pergi haji baru-baru ni, dia dah beritahu dengan mak dia agar redha dengan pemergiannya."

Betapa sebak dihati mendengar kalimah-kalimah itu. Betapa seorang anak yang sudah tahu akan pergi menemui Ilahi di samping ibu dan ayah tiada di sisi. Ibu dan ayah pergi menunaikan haji di Mekah Al-Mukaramah. Betapa kuat jiwa seorang ibu dan ayah yang menerima berita bahawa anak telah pergi buat selamanya.

Sungguh Allah memilih orang-orang berjuang ini syahidnya pada hari Jumaat. Ya Allah betapa untungnya engkau memilih dia pada hari Jumaat yang mulia ini.

Entah mengapa saya amat sebak ketika mengarang catatan ini...


*********

Berikut adalah suara dari teman-teman Allahyarhamah...

al-fatihah tuk k.ika, thnx hadir dlm hidup su wlpn skjp, ukhwah itu indah, xkan terpadam... i miss u....

Cikgu Nazeli: al-fatihah buat ukhti, semoga damai dipersemadian. Insya-Allah amal bakti ukhti untuk Islam dan perjuangan akan menjadi amal solah dan sedekah jariah.

Cikgu Nazeli: al-fatihah buat ukhti, semoga damai dipersemadian. Insya-Allah amal bakti ukhti untuk Islam dan perjuangan akan menjadi amal solah dan sedekah jariah.

mza: alfatihah..

yani kkpg: alfatihah untuk ika..saya rakan sekerja ika...sempat ziarah bila dapat tahu tentang pemergian arwah..sebak...minggu lepas cukup ceria..tapi ini dah ketentuanNYA

leen: Al-Fatihah buat ika..hanya insan terpilih dijemput pd hari jumat..masih t;igt kenangn b'sama ika semase kerje di smkie sbg gstt

aizat: Al-Fatihah. Kami akan teruskan perjuangan mu..

sunah: salam..al-Fatihah..semoga rohmu dicucuri rahmatNYA..ameen..

Izzah Pahim: Moga k Ika ditempatkan dikalangan org2 y beriman

Hairin: Semoga Ika berbahagia "di sana"...Rehatlah Ika..Beruntung Ika dijemput pd hr Jumaat yg Mulia..ALFATIHAH utk adikku.Zalikah..

nikabdulrazak@pokjak: Al-Fatihah,Ya Allah cucurilah rahmatMu pada mujahidah agamaMu ini.ameen.

mazA<: alFaatihah

kak ina RM
: al fatihah adikku....moga roh dicucuri rahmat....amin

syifa...: ya Allah... tmpatkanlah saudariku ini di tmpt yg mulia disisiMu..dia tak pernah ku kenali..tak pernah ku berbicara..tak pernah ku bersua...tapi ikatan hati dlm satu wadah ini bt aku trasa khilangannya

zieaddin: al-fatihah buat kak ika....semoga rohmu dirahmatiNYA sentiasa...

Diana: Al-Fatihah buat Zalikah....adik, moga kau ditempatkan diantara orang2 yg Soleh disampingNya...



Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Al-Fatihah.....

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...