SAYA fikir isu mahasiswa kita di Mesir sudah berakhir tetapi rupa-rupanya sedang berada di atas kemuncak dan tidak lama lagi peleraian akan tiba. (Semacam telenovela pula- seronok jika dibuat novel)
Selepas isu pengharaman PMRAM untuk mengadakan program Pembacaan Hadis Sahih Bukhari di Al-Azhar Conference Centre, Cairo (ACC), PMRAM telah mendesak Dr Jamil selaku Pengarah JPMK untuk menyelesaikan tiga tuntutan PMRAM.
Tuntutan itu adalah :
1) Mendesak agar meminta maaf kepada mahasiswa Malaysia di Mesir berkenaan dengan isu Kutub Sittah (Majlis Pembacaan Hadis Sahih Bukhari)
2) Menghantar surat kepada pihak Syeikh al-Azhar bagi membersihkan kembali nama PMRAM yang diburukkan oleh Pengarah JPMK
3) Mengadakan dialog terbuka bersama mahasiswa bagi menjelaskan isu seputar Majlis Pembacaan Kutub Sittah
Dengan tuntutan tersebut, satu kain rentang bagi mendapatkan tandatangan seluruh mahasiswa telah diwujudkan oleh jawatankuasa DESAK yang ditempatkan di Dataran Hayyu Asyir.
Namun, setelah dikumpulkan tandatangan itu, Dr Jamil rupa-rupanya telah mengupah 'orang-orang sampahnya' untuk mencuri kain rentang itu.
Saya tidak menyangka ada juga seorang pegawai kerajaan yang berpangkat Profesor Madya (saya tidak pasti pangkat ini dikutip daripada mana) bersikap sedemikian.
Saya fikir, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu bertindak dengan segera sama ada :
1. Melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau di Mesir kerana hanya beliau sahaja Pengarah JPMK yang berani melakukan perkara pelik ini. Allahyarham Wan Bakar Wan Dagang tidak secerdik beliau!
ATAU
2. Menamatkan perkhidmatan beliau di Mesir kerana bertindak tidak seprofesional pegawai kerajaan yang lain.
Untuk keterangan lanjut dan drama aksi culik kain rentang :
http://kalimahtayyibah.blogspot.com/2009/10/terima-kasih-profesor-jamil.html
Tambahan :
Tiba-tiba saya berangan-angan untuk menyambung kembali pengajian di sana kerana ingin melihat lakonan dan aksi tempur yang akan diteruskan oleh Dr Jamil itu.
Ulasan