Langkau ke kandungan utama

JPMK Hilang Sokongan


SAYA amat kecewa apabila mendapat berita bahawa Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah akan membatalkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

Segala program yang dilakukan oleh PMRAM tidak senang duduk pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah memikirkannya. Jikalau program bersama ulama dan ilmu juga diprotes oleh pihak kerajaan, apa lagi program yang sepatutnya PMRAM lakukan.

Dr. Jamil Hashim selaku Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah seharusnya menyedari akan segala tindak-tanduknya sama ada boleh memecah belahkan orang Melayu-Islam di bumi Mesir atau sekadar tidak memberi kesan kepada umum.

Kita memohon Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menjawab persoalan ini. Jangan sampai saya mengarang untuk akhbar perdana sehingga terbit dan tersiar!

Tambahan :

1. Satu NGO khas perlu diwujudkan bagi menangani masalah mahasiswa di bumi Mesir. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah perlu bekerjasama menyelesaikan masalah JPMK yang tidak lena tidur memporak-perandakan mahasiswa!

Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Huhu

Ayahanda enta lagi macho la... Kena banyak belajar dengan dia..
IshaQHaniS berkata…
aku pun rase camtu la kemal... super macho... =)
Tulis jer la Syafiq dalam akhbar. Mengarut betul JPMK ni. Nak baca kitab hadith pun nak disabotajnyer
Puan Ainon Mohd. berkata…
Apa yang dilakukan oleh pegawai itu adalah atas arahan pihak atasan.

Beliau hanya bertaraf "Yang Menurut Perintah".
Ezo berkata…
AL AZHAR batalkan atau JPMK? Besarnya kuasa JPMK atas bumi orang? ACC adalah di bawah seliaan AL AZHAR bukan JPMK! Takkan takut dengan kerajaan Mesir kot,hentam JPMK.
Tarbus Merah berkata…
Ezo,

Tahukah saudara bahawa surat yang diterima oleh ACC adalah surat daripada JPMK bertanda tangan Dr Jamil?
Ezo berkata…
Sila buktikan jika benar! AL AZHAR tidak menerima sebarang tekanan.Mustahil....Dr Jamil bukan sebab utama.Sebab utama adalah AL AZHAR pentingkan mahasiswanya ke kuliah,sebab pada waktu itu,kuliah sedang berlangsung...tambah lagi,dekat dengan tarikh tuh,parti PRESIDEN MESIR,parti demokrat kebangsaan akan mengadakan majlis disitu.Kenapa tidak marah AL AZHAR dan PARTI DEMOKRAT KEBANGSAAN? ker...takut ngan amin daulah (ketua polis).
Badan Pengurus PMRAM lihat surat itu. Laterhead JPMK. Tandatangan oleh saudara Jamil.

Saudara Jamil sebut PMRAM buat konvo dan PMRAM agen pembangkang.

Jahat!!

Tak de sebabnyer Syeikh Tantawi tak bagi sebab kuliah dah start. Baca kutub Sittah tu ilmu juga bahkan satu majlis yg terlalu jarang dapat dijumpai di Mesir.

Sebab tu ulama al-Azhar puji program ni. Tapi saudara Jamil sabotaj pula.

Kalau sebab kuliah, kenapa pensyarah al-Azhar pun bersungguh untuk jayakan program pembacaan kutub Sittah?

Izo2. Bila agaknya nak berubah.
Ezo berkata…
Buktikan dengan HITAM PUTIH....bukan hanya bercakap......minta surat tersebut dari ACC...lepas tuh PHOTOSTAT....baru semua orang akan percaya....
ada cara yang mudah. Pihak ACC mungkin tak akan bagi sebab nak jaga hubungan antara dua kerajaan. Apa kata kalau encik Ezo minta pada en Jamil photostat dan bagi pada semua. lagi senang. Apa2 pun saya nak tunggu hari untuk berdialog dengan en Jamil itu. jahat betul
Ezo berkata…
PMRAM sembunyi fakta bahawa AL AZHAR mengarahkan semua program melibatkan persatuan pelajar sesebuah negara dengan pihak AL AZHAR diberitahu dahulu kepada pihak KEDUTAAN negara tersebut.Bukan sahaja MAlAYSIA,Kedutaan INDONESIA dan semua kedutaan dimaklumkan oleh AL AZHAR.Ini "qoror" baru Al Azhar.Dr Jamil tak perlu hadir berdialog dengan "BUDAK HINGUSAN"!!!!
Ezo berkata…
"PROF. MADYA DR JAMIL,,,bukan En Jamil..macam mana kalau orang panggil NIK AZIZ "tok tua kutuk en Nik Aziz"! ! ! pasti ada yang menggelabah tahap gaban!!!
zul berkata…
Syeikh... ana tak pandai nak pesan untuk AZHARI macam anta... aNA rasa syeikul Azhar, Ibu anta pun tidak mengajar untuk mempercayai berita sebab berita itu sendiri ihtimal kazib. Kalau syeikh masuk dalam akhbar perdana tanpa mengetahui berita sebenar.. termasuk dlm golongan FASIK.

Isu dalam kes PMRAM dan JPMK ada isu lain sebenarnya yang tidak disebut dalam FB atau blog yang dimiliki ahli PMRAM. Siasat dulu. ELAKKAN DI ANDA DARIPADA MENJADI ULAMA YANG HINA!
ezo ni dah pndai memekak kat sini plak...kat blog dier disekat plak komen2..

mengapa baru sekarang dibuat qoror tu? nmpk sgt takut dgn pengaruh PMRAM..

sdhlah ezo..pi main jauh-jauh..
Ezo berkata…
tanya AL AZHAR,jangan tanya saya,takkan takut dengan Mesir dan berani melalak hentam kerajaan Malaysia dari jauh (mesir) jer kot??? pikir2.....
x kanlah Al-Azhar yg x bg buat.Klau fikir logik aqal la, yg nak sampaikan ilmu 2 smua Ulama'2 besar dari Al-Azhar.Semua org bleh fikir 2.Npa la ada yg ngaji tinggi2 tp bleh bt kenyataan mcm ni.

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...