Langkau ke kandungan utama

Raya Sakan dan Editor

Baju merah (kenalan Faiz Esa) yang kini menuntut di SMKA Kajang.

Bersama Penghulu Mukim Serkat

Solat Jumaat di Masjid Dato' Nooh Gadot

Di rumah saya

Dua hari sahaja saya menghabiskan 'kemaruk' berhari raya sebanyak 17 buah rumah. Jika diceritakan kepenatan, pastinya memang wujud kepenatan itu. Tetapi, demi meraikan kawan-kawan saya menuruti perjalanan yang amat panjang itu.

Khamis-Jumaat, puas berjalan dan merantau bersama teman-teman. Khamis, bersama teman dari SMA Kerajaan Johor, Kluang. Jumaat- bersama teman dari Universiti Al-Azhar. Malam; saya keluar dan meraikan aidilfitri dengan teman sekolah rendah selepas berpisah hampir 11 tahun yang lalu.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana Aidilfitri ini disambut dalam keadaan dan suasana saya telah menamatkan pengajian. Ramai juga bertanya, "mahu sambung belajar?" Saya belum lagi membuat keputusan.

Paling menyeronokkan dialog begini, "Kau ambil nombor telefon ini, hubungi dia. Insya-Allah dia akan masukkan kau dimana-mana universiti dengan biasiswa. Insya-Allah, kita akan terus hubungi Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Khaled Nordin."

Buat masa ini fikir saya adalah kerjaya yang perlu saya hadapi sebagai seorang editor walaupun teman-teman di Malaysia tidak bersetuju saya terjun ke dalam bidang ini.

"Belajar jauh-jauh, jadi editor?"

Anda fikir editor ini satu tugas yang tidak murni? Biarlah kita bekerja dan bertugas sesuai dengan perjalanan kita sebagai seorang graduan. Ada juga yang mengatakan bahawa saya sepatutnya lebih baik 'mengaji' di Malaysia kerana di sini lebih cepat (3 tahun) dan boleh terus bekerjaya.

Apa juga pandangan anda, terima kasih saya ucapkan.

2
Hari Jumaat- saya masuk kampung. Sudah lama saya tidak masuk kampung. Malah, saya tidak dapat merasai suasana hari raya di kampung. Alhamdulillah, saya ke Kampung Serkat, Pontian, Johor.

Mahasiswa Al-Azhar Johor pernah mengadakan program bakti siswa di sana. Oleh itu, kesempatan yang ada ini sempena bulan Syawal, saya dan teman-teman mengambil peluang turun ke kampung untuk bersama dengan masyarakat dan orang kampung di sana.

Banyak perkara yang saya dengar dari orang kampung. Itu dan ini. Semuanya tentang kampung. Amat mengasyikkan.


Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Tabik lah bro.. lagak gaya Ketua Pemuda PAS kawasan Pulai hehe..

Jangan lupa beraya Rumah YDP Pulai, Abdullah Ideris. (Ayah Muhammad Firdaous Abdullah, Tahun 1, Usuluddin Tanta, merangkap anak sedara aku)

Jangan lupa juga ke Bagan Pinang. Dengar2 ada yang nak ke sana ramai.

Ustaz pun boleh jadi editor apa.. bahkan sangat2 diperlukan. Sebab aku tengok PTS memang wajib ada ustaz jadi eitor. Banyak terbitan PTS perlu ada piawaian Ustaz Mesir sebelum diterbitkan.
Unknown berkata…
Assalamualaikum wbt dan salam lebaran,

Saya menulis di sini untuk menyatakan sokongan saya kepada tuan memilih 'editor' sebagai kerjaya.

Semoga apa yang tuan lakukan, memberi manfaat kepada insan di dunia dan akhirat.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)