Langkau ke kandungan utama

Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia

Majlis Makan Malam di Kediaman Menteri Besar Johor

Malam pertama persidangan

Penulis di luar dewan persidangan


BERITA ini tidak wujud dalam mana-mana artikel ataupun akhbar tempatan. Ini adalah berita daripada saya sebagai seorang wartawan bebas.

UMNO dikritik pejuang bahasa

JOHOR BAHRU, 30 Sept - Pejuang bahasa dan Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hassan Ahmad mengkritik UMNO dan pemerintah kerana tidak menjaga martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Sepatutnya persidangan ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Panggil Hishamuddin, panggil UMNO, dan Wanita UMNO. Puteri UMNO pula hanya jadi jurusolek agaknya dalam UMNO."

Beliau berkata demikian di Dewan Utama 301, Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Johor Bahru sempena dengan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang diadakan di sini.

Seorang lagi tokoh bahasa, Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Safiah Karim pula menyatakan bahawa kerajaan hanya melepaskan batuk di tangga terhadap isu PPSMI yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

"Langkah membuat pengumuman ini pada hemat saya masih bersifat melepaskan batuk di tangga kerana dasar PPSMI masih diteruskan di peringkat universiti dan prauniversiti."

Beliau menyampaikan ucap utama kedua yang berjudul "Bahasa Melayu Bahasa Dunia" dalam persidangan tersebut yang dihadiri kira-kira 300 orang peserta.

Seorang lagi Senator Dewan Negara, YB Dato' Dr Firdaus Abdullah menyindir kerajaan dan UMNO dalam tulisannya yang berjudul "Dewan Bahasa dan Pustaka Sebagai Ejen Diplomasi Budaya" dengan katanya;

"Ada kawan-kawan yang mencadangkan supaya saya menulis karangan yang lebih panjang atau satu buku dengan tajuk "Seribu Hari di DBP" untuk merakamkan segala suka duka pengalaman dan pengamatan selama tiga tahun menjadi Ketua Pengarah DBP itu. Seiring dengan itu saya diingatkan supaya jangan sampai kena "saman" oleh pihak-pihak yang mungkin merasa tersinggung kerana kritikan-kritikan pedas atau kerana pendedahan pekung pihak-pihak tertentu."

TAMAT

Tambahan :

1. Sepanjang saya menghadiri persidangan ini, tokoh-tokoh bahasa lebih berani mengkritik kerajaan dan UMNO walaupun program ini anjuran Kerajaan Negeri Johor Darul UMNO.

2. Ketua Pengarah DBP telah berusaha keras memastikan bahasa Melayu dijaga dengan sebaiknya tetapi ditindas oleh menteri.

3. Sebahagian besar peserta yang saya temui tidak bersetuju dengan UMNO malah menolak UMNO pada hari ini. Kata mereka, "dulu saya orang UMNO, tapi sekarang tidak!"

4. Datuk Hassan Ahmad berkata, "kita lihat apa yang akan berlaku di Bagan Pinang."

5. Tokoh bahasa dan pejuang bahasa berani mempertahankan dasar PPSMI sehingga kerajaan tidak lena tidur.

6. Jika Faizal Sabhon masih menyokong UMNO sedang orang UMNO di Malaysia tidak mahu duduk dalam UMNO, saya fikir benarlah kata Dr Hasan Ali, bahawa beliau adalah 'spesies terakhir'.


Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Assalamualaikum

Tak nak hantar ke Harakafdaily ke? Aku rasa elok dipanjangkan ke sana.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Saya setuju tuan tulis laporan untuk disiarkan dalam Harakah ataupun Siasah supaya lebih banyak dapat membacanya.
Tarbus Merah berkata…
Ibnu Ali,

Harakah? Boleh tahan gamaknya..

Puan Ainon,

Insya-Allah, saya akan mengarang untuk Siasah
Citra Delima berkata…
Salam Syafiq,
Komen saya, persidangan ini hanya dihadiri oleh pencinta bahasa melayu, sewajarnya dijemput pemimpin kerajaan, pihak swasta yang mendewa-dewa bahasa penjajah, ahli koperat dan kalangan mereka yang berkelulusan tinggi dari luar negara. Saya pun tidak berpeluang hadir, mungkin tiada nama dalam pasaran. Kami doakan, semuga sempena bulan bahasa, bahasa Melayu akan digunapakai pada setiap masa dan ketika.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)