Langkau ke kandungan utama

KEMPEN Pilihanraya BKPJM


CALON AJKT PILIHAN SYAFIQ ZULAKIFLI

1. Dr Yazid (pastikan pelajar PERUBATAN akan mentadbir BKPJM!!!)
2. Haidir Hanizan (saya perlukan pelbagai skrip drama daripada beliau)


MESYUARAT Agung Tahunan BKPJM akan berlangsung pada hari Selasa, 18 Ogos ini bertempat di Asrama Pelajar Johor, Rabaah, Kaherah.

Justeru, semua warga Johor dijemput mengundi SEORANG CALON YANG DIPERTUA dan TUJUH ORANG CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKPJM

DEMI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN LEGASI PENTADBIRAN BKPJM DITERUSKAN OLEH GENERASI BKPJM, SAYA MEMOHON AGAR AHLI MEMILIH SAUDARA BASIR BIN MOHAMED UNTUK MENTADBIR BKPJM PADA SESI MENDATANG.

HIDUP BASIR!!!

Tambahan : Walaupun orang 'sudah bising' mengatakan KAUM MELAYU tidak memerintah BKPJM!!! Hehe


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Kalau bukan "kaum Melayu", adakah "kaum Jawa"?

(Saya Jawa Selangor)
IshaQHaniS berkata…
haha...

chaon... ko telah menyokong orang2 Kg. Buah Pala..!! hu3
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon,

Masalahnya ini KAUM INDIA!! Hehe

Ishaq Hanis,

Nak buat macam mana bro. Kita kena terima nasib.
Ezo berkata…
Salah seoarng ibu bapa dia MELAYU tak? kalau ikut perlembagaan,jika salah seorang ibu bapa dia MELAYU dan secara automatik,dia adalah MELAYU.Jika tidak sekali pun,dalam perlemabagaan juga mentakrifkan bahawa yang beraagama ISLAM itu adalah BANGSA MELAYU dan BERBAHASA MELAYU.Maka,sekali lagi,tidak timbul isu ini patutkah dia dan apakah layak dia menjadi pemimpin.

P/S takrif perlembagaan berkenaan hal tersebut adalah salah satu taktik penjajah INGGERIS untuk membangkitkan BANTAHAN cina MCA dan india MIC.Tapi kedua2 parti PERIKATAN ini sanggup berkompromi dengan UMNO demi MERDEKA dan ANAK BANGSA mereka!!!! bayangkan apakah DAP begitu? sapa cakap "langkah mayat saya dahulu sebelum laksanakan undang2 ISLAM!!!" DAP kawan baik PAS...hahaha...fikir2kan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...