SAYA meletakkan diri sebagai pembaca tegar sebuah karya fiksyen. Biasanya saya lebih membaca karya-karya yang memenangi anugerah melalui sayembara penulisan daripada karya pop yang berada di pasaran.
Oleh kerana dunia penerbitan karya fiksyen kini sudah tiba ke tahap yang membanggakan; saya fikir pelbagai keperluan mendesak terhadap kepelbagaian judul di dalam sesebuah karya.
Pertama; adakah judul 'Cinta-Cintun' masih releven pada hari ini?
Kedua; adakah pembaca akan hanya membeli karya yang berjudul 'cinta' sahaja.
Ketiga; adakah pembaca (era 2009) sudah muak dengan karya yang berkulitkan dua biji mata wanita?
Tiga perkara pokok ini yang sedang berlegar dalam diri. Sebagai seorang pembaca karya fiksyen, saya fikir bahawa karya fiksyen akan diminati oleh pembaca bukan kerana jalan ceritanya sahaja, tetapi sejauhmana seorang penulis itu mampu mengarang karya mereka melalui sistem pengarangan bermaklumat.
Oleh kerana karya fiksyen (novel) sudah belambak di pasaran sehingga pembaca terpaksa memilih karya-karya yang baik untuk mereka beli; adalah menjadi keperluan penerbit 'mengejar' penulis tegar dengan membangunkan judul-judul yang segar bagi menarik minat pembaca.
Tetapi, daripada satu sisi yang lain bagaimana melahirkan produktiviti penulis baharu? Mengikut pemikiran saya, seorang pengarang mampu mengarang empat buah karya dalam jangka masa setahun dengan cara-cara berikut :-
1. Penulis menghantar setiap bab kepada editor tanpa menunggu manuskrip siap sepenuhnya.
2. Penulis dibantu oleh editor untuk menghasilkan karya.
3. Penulis baharu diberi peluang ke media apabila karyanya sudah diterbitkan.
Oleh itu, proses memahami sebuah karya fiksyen adalah bukan suatu yang mudah.
Ulasan