Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, July 03, 2009

TERKINI : Pengarah JPMK Tarik Semula Kenyataan


Pengarah JPMK, Prof Madya Dr. Jamil Hashim hari ini menarik semula kenyataan untuk mengeluarkan penghuni daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

Tindakan bijak ini sekaligus menutup kebimbangan yang sedang berlaku terhadap penghuni ARMA. Walaubagaimanapun, kita tidak akan berdiam diri selagi mahasiswa kita ditindas untuk keluar daripada bangunan tersebut.

Saya mencadangkan semua penghuni menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan perlu sentiasa memikirkan langkah terbaik untuk menjadi mahasiswa cemerlang di bumi Mesir.

Penghuni telah diminta untuk mengisi dua borang yang disediakan oleh pihak jabatan. Kedua-dua borang tersebut boleh diserahkan pada atau sebelum 15 Ogos 2009.

Walaubagaimanapun, tindakan untuk mengeluarkan penghuni mungkin dilakukan tetapi masih belum dapat kepastian daripada pihak jabatan berkenaan tarikhnya.

Mesej daripada Dr Jamil yang saya terima:

JPMK sangat prihatin dengan permasalahan yang dikemukakan penghuni semalam. Semua boleh tinggal di DMAK tapi semua peraturan perlu dipatuhi. Tk.

Tambahan :

1. Kita menghormati mana-mana pihak selagi mereka memahami dan menghormati kita. Kita membuat sesuatu keputusan atas dasar undang-undang dan peraturan.

2. Saya tidak akan berdebat sekiranya hanya menguntungkan peribadi dalam isu ini. Kita yakin semua pihak harus berdoa agar keputusan mengeluarkan penghuni tidak dilakukan lagi selepas ini.


2 comments:

ainon mohd said...

Segala benda hendak dikawal oleh kerajaan. Takut benar kerajaan dengan students....

typeace said...

Puan Ainon,

Kita sebenarnya khuatir tindakan melampau ini didalangi oleh golongan tertentu yang mahu diskriminasi terhadap pelajar agama.