Langkau ke kandungan utama

Sehari Dalam Medium Protokol




2 Julai 2009

SAYA diminta untuk memberi pengisian berkenaan Protokol Majlis Rasmi sempena dengan Bengkel Jatidiri PMRAM 2009. Kursus ini memberi pendedahan kepada semua warga penggerak program PMRAM bagi memastikan kelancaran program-program PMRAM selepas ini dibentuk dengan satu sistem yang lebih tersusun dan kemas.

Kehadiran peserta yang ramai menyebabkan saya tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaiknya. Peserta hanya diberikan teori tanpa melaksanakan praktikal. Atas sebab kapasiti bangunan tersebut yang kecil, peserta perempuan yang duduk di belakang tidak dapat fokus kepada penyampaian saya.

Apa juga keadaan yang berlaku, terima kasih kepada tuan rumah yang memberi keizinan menggunakan rumah negeri. Saya bercadang membawa bengkel ini ke tempat yang lebih strategik seperti di Dewan Besar CICC atau di bangunan ARMA. (Baca : Jika JPMK izinkan)

Pada saya, bengkel ini bukan hanya dihadiri oleh pihak yang akan menguruskan majlis protokol dalam PMRAM sahaja tetapi lebih daripada itu, semua mahasiswa Al-Azhar harus didedahkan dengan kaedah terbaik menyusun program rasmi secara protokol.

Sebelum slot saya berlangsung dan selepas saya menyampaikan ceramah, saya telah menegur pihak pengendali majlis. Sebab itu, dalam keadaan seloroh saya berkata;

"Siapa yang suruh buat bengkel protokol, setiap kesalahan pengacara majlis saya akan tegur secara terus terang."

Apapun, saya kira ini adalah tempat latihan untuk kita sama-sama membina jatidiri sebagai seorang mahasiswa yang tidak hanya menuntut ilmu semata-mata tetapi mempunyai nilai tambah.

Terima kasih kepada wakil kita di KBMK yang banyak memberikan maklumat baharu kepada saya.

Dari awal-awal lagi saya sudah maklumkan pada penganjur, tempoh yang diberikan kepada saya hanya 2 jam tidak cukup. Oleh sebab itu, banyak perkara yang berlegar di dalam protokol terpaksa saya tinggalkan termasuklah tatacara makan dan beberapa perkara sampingan.

Harapan saya, moga kita akan adakan bengkel ini pada siri yang akan datang dan lebih mencabar.


Tambahan :

- Jumpa saya di Damanhur, 8 Julai ini.
- Di Damanhur, selain berbicara soal protokol, saya akan bincangkan sedikit berkenaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan sektor kerjaya penjawat awam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)