Langkau ke kandungan utama

SASTERA : PUISI DI MINGGUAN MALAYSIA


SEBENARNYA saya sudah lama tidak mengarang puisi untuk diterbitkan. Kali terakhir pun pada akhir Disember lalu dan terbit seminggu selepas itu pada 4 Januari 2009.

Kemudian, saya beristirehat daripada mengarang puisi sehingga minggu lalu tangan kecil ini baru gatal-gatal menulis semula puisi dan dihantar ke Mingguan Malaysia.

Mengapa saya kerap menghantar ke Mingguan Malaysia? Setiap tahun, karya-karya yang terbit di Mingguan Malaysia atau mana-mana penerbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. akan dinilai di dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU).

Bukanlah anugerah yang dipertaruhkan. Tetapi, saya harus mengukur tahap penguasaan tulisan saya menerusi karya sastera yang diterbitkan.

Sejauhmana saya diterima oleh panel hakim yang akan menilai lebih daripada 500 buah puisi dan lebih 200 buah karya cerpen.

Sesungguhnya kita menyertai sayembara atau pertandingan adalah semata-mata mengukur sejauhmana idealisme kita diterima oleh umum.

Untuk membaca karya tersebut, sila beli akhbar Mingguan Malaysia tersebut hari ini. Puisi berjudul 'Nur Dari Kitabullah' saya pernah kongsikan bersama dengan ahli Grup Karyawan Luar Negara di komuniti yahoogroup.

Tambahan :


1. Cerpen saya yang memenangi Sayembara Penulisan Cerpen Jawi sempena Hari Kemerdekaan ke-50 akan diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di dalam masa yang terdekat.

2. Kita menantikan penerbitannya.

3. Saya mengajak orang Melayu agar tidak melupakan tulisan jawi yang merupakan khazanah bangsa dan agama.

4. Belajar menguasai tulisan jawi adalah satu anugerah jika kalian tidak mampu membaca tulisan Arab.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)