Salah seorang calon yang ditemuduga di dalam Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007
(Gambar sekadar hiasan)
BARU-BARU ini saya berbincang petang bersama seorang teman. Teman saya berbicara dan bercerita tentang perihal seorang temannya yang pergi temuduga salah satu jawatan dalam sektor kerajaan.(Gambar sekadar hiasan)
Lihat dialog di bawah :
Calon : Assalamualaikum w.r.b.
Penemuduga : Waalaikumsalam w.r.b. Sila duduk.
(Calon duduk di atas kerusi yang disediakan untuk ditemuduga salah satu jawatan dalam sektor kerajaan)
Penemuduga : Boleh terangkan sedikit latar belakang anda?
Calon : Nama saya bla..bla..bla.. dan...............bla..
Penemuduga : Saudara membaca akhbar?
Calon : Ya. Saya membaca akhbar.
Penemuduga : Boleh ceritakan sedikit, salah satu topik yang saudara baca berkenaan isu-isu dalam akhbar.
Calon : Saya membaca ruangan HIBURAN.
(Selepas mendengar jawapan calon membaca akhbar ruangan HIBURAN, calon diarah keluar.
Sekiranya anda diberi peluang untuk mengisi kekosongan di dalam sektor awam, usahlah memikirkan yang mudah-mudah. Barangkali juga sektor swasta tidak memilih calon pekerja yang hanya memikirkan persoalan yang mudah.
Tidakkah calon terfikir jawapan yang diberikan tersebut memberikan tanggapan negatif kepada calon. Calon seolah-olah hanya membaca perihal HIBURAN di dalam akhbar tanpa mementingkan hal-hal yang berkenaan dengan ilmu dan kemahiran jatidiri.
Banyak kelemahan calon yang tentu memberi kesan negatif kepada pembangunan sahsiah mahasiswa pada hari ini.
PMRAM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir pada bulan Ogos ini bagi menerangkan beberapa panduan temuduga, panduan memilih menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Mesir dan di Malaysia.
Kita akan menjemput wakil daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah atau orang akademik bagi mengisi slot-slot tersebut.
Bertindak sebelum terlambat!
Ulasan