Langkau ke kandungan utama

LAPANGAN TERBANG : Pasar Mahasiswa Malaysia Mesir


TIGA HARI berturut-turut saya bersama teman-teman ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Terminal 3. Oleh sebab penerbangan Egypt Air bertolak dari Kaherah pada jam 4.50 pagi dan musim panas di Mesir memaksa mahasiswa tidak tidur pada waktu malam, kebanyakkan mahasiswa akan bertandang ke lapangan terbang.

Biasanya, apabila seorang teman yang akan pulang, mereka akan diiringi oleh lebih 10 orang teman seangkatan. Sebab itu, sepanjang tiga hari saya bertandang ke sana, penerbangan 7 Julai adalah paling padat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Terminal 3 umpama satu program besar-besaran anjuran kerajaan Malaysia.


Pada hemat saya, semua acara tersebut adalah semata-mata merapatkan ukhuwah sesama teman-teman, walaupun yang pulang ke Malaysia hanyalah pulang bercuti sahaja.

Sungguh! Lapangan terbang laksana 'pasar mahasiswa' dan mungkin sahaja kerusi di dalam penerbangan dipenuhi oleh teman-teman daripada negara sendiri.

Selain penerbangan tersebut, barangkali semua ingin melihat Terminal 3 yang baru siap daripada proses pembinaan. Dan, sepanjang tiga buah terminal ini, inilah di antara terminal yang canggih di Kaherah berbanding terminal yang lain.

Barangkali kerajaan Mesir sudah meninjau bagaimana pembangunan negara-negara luar dan negara Timur Tengah yang lain. Ramai mulut-mulut yang menyebut ia seumpama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur walaupun sebenarnya masih belum dapat kalahkan KLIA lagi :)

Apa jua perkembangan pembangunan infrastruktur Mesir, kita berbangga mempunyai satu pembangunan baharu.

Dianggarkan hampir 2,000 orang mahasiswa pulang meninggalkan Mesir sehingga hari ini. Zaman sekarang orang semua berwang!



Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Juga tempat ikhwah dan akhawat "bertukar-tukar pendapat" hehe..

Tempat meperagakan fesyen.. (ternampak beberapa siswi seksi yang bertudung lalu lalang)

Reunion pelajar-pelajar satu sekolah..

ngeh ngeh

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)