Langkau ke kandungan utama

Kerana Kerajaan, Ramai Salah Akidah!

Di Stadium Zaqaziq
(kawan saya ini rupa-rupanya bisu dan pekak)

KERANA bermati-matian mempertahankan pihak kerajaan, ramai di antara mahasiswa ataupun orang awam hampir-hampir lemas dan sesat dalam mencari jalan pulang.

Apabila disuakan beberapa pertanyaan berkenaan kerajaan, ada yang berani-berani menjawab, "kita hidup daripada duit kerajaan", "kerana kerajaan kita dapat hidup", "kalau kerajaan tak ada, matilah aku".

Istilah atau kata-kata di atas adalah di antara petikan yang akan menjejaskan akidah kita sebagai seorang Muslim.

Bukankah Allah merupakan pencipta (khaliq) yang kekal dan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Oleh yang demikian, pergantungan kita di muka bumi bukan kerana kerajaan. Dan, bukan kerajaan juga yang memberi sumber rezeki. Kerajaan hanyalah wasilah dan pembuka jalan kepada kita untuk mencari sumber rezeki.

Justeru, jika kata-kata kita, "kerajaan bagi kita rezeki", itu adalah perkiraan yang silap kerana dengan kerajaan juga kita akan lingkup. Kerajaan tidak akan kekal. Yang kekal hanya Allah. Tuhan yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini.

Percayalah bahawa jika Allah Taala tidak memberikan rezeki kepada kerajaan, kita juga tidak akan duduk di dalam kerajaan.

Awaslah!

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Di kalangan peniaga pun banyak yang leboh kurang cakap macam itu...

"Kalau tak masuk UMNO, susah cari makan..."

"Buat apa nak sokong PR? PR boleh bagi apa?..."
Unknown berkata…
Tersenyum sendiri dan menilai situasi...terbayang-bayang perumpamaan yang dikemukakan Paulo Coelho dalam sebuah buku. Orang sastera macam ustaz mesti lebih kritis dan mampu menilai sesuatu frasa itu dari pelbagai sudut dan menghayati sejarah.
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon,

Kita mahukan semua orang Islam bercakap atas nama Tuhan bukan atas nama makhluk. Betulkan?

Saya kadang-kadang sedih dengan situasi itu.

Encik Hazam,

Barangkali saya belum sehebat orang sastera BI yang mengkaji novel Paulo Coelho.

Tapi memang karya Paulo Coelho hebat-hebat belaka.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)