Langkau ke kandungan utama

ISU MAHASISWA : Pelajar Perubatan Setuju!

E-mel ini saya terima dua minggu yang lalu. Tetapi, saya simpan dahulu agar kandungannya mampu memberi pencerahan pada ketika ini. Terima kasih kepada pengirim kerana memberikan pandangan dan idea yang bernas terhadap isu yang berlaku sekitar Mesir.

Barangkali isu mahasiswa yang belambak di Mesir ini tidak dibincangkan secara ilmiah. Yang 'mereka' mahu bincangkan adalah sejauhmana pemikiran sempit mahasiswa dapat dibahaskan oleh 'mereka'.

Saya fikir, ini adalah pemikiran dan luahan seorang mahasiswa perubatan.

Emel daripada siswa.

************************************

Saya juga pernah membaca post saudara bertajuk ‘Dasar Terbuka Pendidikan Mesir.’ Tidak dinafikan, pelajar-pelajar perubatan yang senior terkena tempiasnya. Pelajar-pelajar ejen inilah yang banyak membuat ‘kerosakan’ di Mesir ini. Mereka tidak kisah untuk menghisap rokok di kuliah perubatan. Ha, bayangkan pelajar perubatan yang merokok. Satu kombinasi yang langsung tak sesuai. Apabila kami tegur, diherdiknya kami. Kami terpaksa menghadapi pandangan serong kakitangan-kakitangan di kuliah dan rakan-rakan pelajar warga tempatan disebabkan kelakuan tidak senonoh pelajar sebegini.

Itu belum masuk bab kelayakan akademik untuk masuk ke fakulti perubatan. Rakan-rakan kami warga Mesir terpaksa mendapat skor yang tinggi untuk menempatkan nama di fakulti (di Kasr el-Aini Faculty of Medicine, kelayakan untuk masuk ke sana minima 100% - menurut seorang pensyarah), sedangkan warga Malaysia yang gagal SPM pun boleh masuk asalkan ada duit dan sekadar pergi ke pejabat Duta untuk mendapatkan surat sang tua keparat itu untuk penempatan di fakulti di mana-mana universiti. Hal ini menimbulkan pertikaian daripada pelajar tempatan. Mereka rasa dianaktirikan.

Sudahlah demikian, penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah menyebabkan mereka gagal menguasai walaupun subjek-subjek tahun satu. Saudara boleh lihat pada statistik keputusan akademik di Universiti Mansoura pada tahun 2007-2008 berapa ramai pelajar yang terpaksa membawa subjek dan mengulang tahun. Jumlah ini boleh dikatakan majoriti. Hal ini boleh memburukkan persepsi pensyarah dan rakan-rakan pelajar terhadap pelajar Malaysia. Sudahlah pelajar Malaysia diberikan banyak kelebihan – dewan syarahan khas dan seumpamanya. Mereka tidak reti menggunakan kelebihan yang ada.

Saya juga risau nanti akan timbul satu sentimen daripada pelajar agama di Mesir bahawa ketidakadilan berlaku yang mana pelajar lepasan STAM perlu bertungkus-lumus mendapatkan gred tertinggi untuk menempatkan diri mereka di al-Azhar. Sudahlah begitu, memorandum persefahaman untuk penghantaran pelajar muadalah dibatalkan begitu saja oleh pemimpin yang mahu menegakkan ketuanan Melayu. Pelajar perubatan pula hanya perlu sebodoh dengan pencapaian sekadar 4B dalam subjek sains dalam SPM untuk membolehkan mereka melabuhkan punggung mereka menghadiri kuliah-kuliah anatomi, famakologi dan seumpamanya. Mengapa diskriminasi sebegini berlaku ? Mengapa menghalang anak Melayu meneruskan pengajian mereka ke peringkat tertinggi walhal mereka tidak meminta sesen pun daripada kerajaan ? Jika benar mereka mahu membela Melayu, golongan inilah yang patut disokong dan diberikan bantuan. Kononnya, mahu mencipta intelek Melayu bertaraf dunia. Saya takut pelajar perubatan dipandang serong dan pelajar senior yang mempunyai hubungan akrab dengan pelajar agama terkena tempiasnya. (Sentimen ini sudah berlaku sebenarnya)

Saya sendiri belajar di sekolah agama rakyat telah merasai betapa peritnya belajar apabila bantuan per kapita ditarik oleh golongan yang ‘mahu membela Melayu.’ Hakikatnya, mereka cuba membuat pelajar Melayu terkandas. Mereka inilah penipu dan hipokrit. Kini, mereka cuba mengembangkan pula pengkhianatan terhadap pelajar-pelajar agama di Mesir. Mereka inilah yang bertanggungjawab ‘memandulkan’ orang Melayu di sebalik slogan mereka yang mahu membela Melayu. Jangan hairan sekiranya Melayu hanya tinggal pada baju Melayu dan Kereta Api Tanah Melayu sahaja nanti.

Oleh sebab mereka kebanyakkannya berasal dari golongan berada, mereka tidak kisah untuk mendapatkan rumah sewa yang terlampau mahal (sehingga mencecah LE3,000 di Mansoura) sehingga menjejaskan harga sewaan rumah pelajar-pelajar senior yang sekitar ratusan hinggalah LE1,000. Oleh sebab harga sewaan rumah bersifat sentimen, maka tak hairanlah para pemilik rumah sewa berlumba-lumba menaikkan sewa rumah pelajar senior yang murah. Sungguh mereka ini tidak memikirkan kepayahan orang lain dan berbuat sesuka hati mereka sahaja. Mereka ini mementingkan diri sendiri!

(Perenggan ini dibuang kerana 'menjejaskan' nama mereka selaku persatuan di Mesir (selain PMRAM)

Apabila banyak masalah mulai timbul kebelakangan ini seperti doktor keluaran Mesir hanya reti membaca doa tapi tak reti membuat ‘cannulation,’ lemah berbahasa Inggeris dan berbagai-bagai lagi, barulah nak ambil tindakan.

Lepas keistimewaan menggunakan dewan ARMA ditarik balik beberapa bulan lepas, barulah mereka rasa orang yang mendakwa ‘ibu bapa’ di Mesir mulai tidak boleh dipercayai lagi. Pelajar yang ditaja JPA dan MARA mulalah merasai kesusahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lain. “Oh, di dunia ini ada kesusahan rupa-rupanya,” kata hati kecil mereka. Ini adalah bala kepada pelajar perubatan sendiri yang lalai dan cuba membutakan mata sendiri daripada hal yang berlaku.

Sekarang, barah sudah merebak. ‘Inoperable’ (istilah untuk ‘tidak lagi boleh dibedah). Sudah tak boleh dibetulkan lagi.

Ulasan

@MBe berkata…
slm...luahan rasa yg trpendam n agak sinis penulisannya.tindakan bijak ustaz menyiarkan email ini sebenarnya tepat.
@MBe berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ucuuu berkata…
de program untuk smue pelajar perubatan,berminat??anjuran PAPISMA, click link ini,http://nice-papisma.blogspot.com/
The Medical Duo berkata…
http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

Salam ziarah.. ana juga bersetuju ngan post ustaz ni.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)