Langkau ke kandungan utama

"Faizal Spesies Terakhir" - Dr Hassan Ali




SEORANG MAHASISWA AL-AZHAR yang masih menyokong dasar pentadbiran UMNO akhirnya dibelasah di hadapan lebih 1,000 orang mahasiswa yang berhimpun di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.

Forum Perdana yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) membariskan tiga orang ahli panel iaitu Yang Berhormat Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ustaz Abdul Halem Hapiz daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Saudara Ahmad Zaidi Talib, Pegawai Khas Exco.

Program tersebut adalah bersempena kehadiran rombongan kerajaan negeri Selangor melawat anak-anak di Kaherah, Mesir.

Mohd Faizal bin Sabhon dibelasah oleh YB Dr Hassan Mohd Ali dengan jawapan pedas seorang pakar motivasi negara, apabila mempertikaikan beberapa perkara di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dianggap kurang berkesan selepas pentadbiran kerajaan baru Selangor.

"Dalam pilihanraya kecil, semuanya PR menang...apalagi yang dimahukan...saya rasa Faizal ini spesies terakhir."

Dalam perkembangan lain, ketika mengulas jawapan berkenaan kilang arak di Selangor, YB Dr Hassan Ali menjawab bahawa kesedaran dibuat melalui agama.

"Kita sedarkan rakyat melalui agama. Kita mahukan orang-orang agama bercerita tentang agama bagi menyedarkan rakyat. Kita tunggu mahasiswa Al-Azhar balik ke Malaysia dan cerita agama termasuk Faizal."

"Saya malu dengar cadangan Faizal. Orang belajar agama tetapi masih menyokong dasar UMNO dan Barisan Nasional lagi!"

Mahasiswa memberikan tepukan paling gemuruh kepada ulasan Dr Hassan Ali apabila menyangkal beberapa dakwaan Faizal yang hanya membuat 'provokasi' di dalam majlis rasmi.

Yang paling memelikkan YB Dr Hassan Ali adalah, Faizal seorang pelajar Pulau Melaka, Kelantan ingin memajukan UMNO.

"Ada juga pelajar daripada Pulau Melaka, tetapi hasilnya macam Faizal? Saya akan maklumkan pada Tuan Guru Nik Aziz bahawa ada seorang pelajar Pulau Melaka seperti Faizal menyokong dasar UMNO", katanya lagi.

Itu di antara petikan ayat-ayat 'satira' yang diberikan oleh Dr Hassan Ali. Pada hemat saya, Faizal tidak mengenali dengan siapa beliau berkata.

Pertama, YB Dr Hassan Ali adalah seorang tokoh dan pakar motivasi dan bijak menggunakan psikologi di dalam menjawab soalan-soalan mahasiswa. Tetapi pada saya apabila emosi melebihi daripada kehendak diri, kita tewas dengan kehendak diri. Kesian Faizal.

Program forum ini memberikan pencerahan kepada mahasiswa bahawa kerajaan Barisan Nasional sudah tidak releven kepada rakyat di Malaysia.

Lawatan Kerajaan Negeri Selangor ke Mesir selepas berkunjung ke Syria dan Jordan adalah kenangan manis yang pastinya memberikan input yang berguna kepada pentadbiran kerajaan Selangor meninjau perkembangan anak-anak pelajar agama ini disuntik dengan motivasi di dalam diri.

Beberapa perubahan yang dipaparkan oleh YB Dr Hassan Ali selepas memegang Selangor memberikan gambaran positif bahawa golongan agama dan orang kurang berkemampuan di Selangor terus dibela.

Kita menjangkakan bahawa kerajaan negeri Selangor akan terus kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat di samping beberapa buah negeri akan tumbang di dalam pentadbiran baru.

"Faizal orang Johor. Saya fikir, Johor juga akan tumbang tidak lama lagi," katanya lagi mengakhiri ucapan penggulungan.


Ulasan

Bohemian Virtuoso. berkata…
ustaz, sy org PAS jgk.
Ayah sy YB PAS kt ganu.
Sy byk kali da jumpe Hassan Ali.
Tp tapenah ade peluang nak sembamg panjang ngan die.

Ngan pimpinan ganu da byk kali.

Bagi sy, ustaz tak lebih drp taasub.
Ustaz yg blajar kt Azhar sepatutnye lebih paham agama dr yg tak belajar.

Politik bukan segala2nye.
Apatah lg politik sempit.
Apatah lagi politik yg menghalalkan perkara2 haram atas nama perjuangan agama.

Sy tak niat nak back up faizal,
tp bg sy mebe die tak pandai berhujah.

Kalo ustaz betol2 pejuang islam,
sy mtk tlg tunjukkan contoh yg baik kt sy sbb ustaz lebih berilmu sy rase.

Perbuatan ustaz mendedahkan name cani, mungkar. Ustaz tau je kan?
Or sbb atas name PAS, make halal mengaibkan org?

Or ade bab2 siasah yg sy belom khatam lagi?

Dr Hassan Ali tu sorg pakar motivasi, die bukan pakar hukum. Tambah bile join politik, risiko utk halalkan perbuatan sndiri tinggi.
Org politikkan, antara fitnah terbesar zaman skang.
Tp die still sorg manusia.

Takkan sbb title Dr Hassan Ali yg tak seberape tu, habis tergadai suruhan2 agama islam?

Sy mintak ustaz tunjukkan contoh yg baik. Kalo tanak tunjuk pun, at least ikhlaslah kt Allah, ikhlas ikut syariah Allah, jage aib org.

Ade je care berpolitik yg tak langgar syariat, tak perlu nak aibkan individu... Mebe ngumpat halal dlm sstgh hal.
Tp tidak dlm hal ni.

See? Sape ikut perasaan skang?
Sape tau, hina2 Faizal Sabun disisi keramaian hari tu,
hina lagi ustaz yg tulis post ni, di sisi Allah.

Allahu'alam.
Time kasih bace.

Yg Benar,
Peng.
Enta tak yah nak nasihat orang la kalau enta jenis yang duk wat fitnah dan menggunakan kata-kata kesat di blog enta..

Piirah!! ckp tak serupa bikin..kenapa blog dah khaskan kepada orang2 tertentu je?tak berani ek?

Faizal sebut nama Ust Syafiq gak dalam blog dia..siap pdg lekeh kursus fatwa lagi darulifta' lagi..main2 nama ayah lagi..kenapa enta tak nasihatkan?

Orang UMNO ni sama je kat mana-mana..kalau sebelah PAS ta'assub la..menghalalkan yang haram la..yang jelas haram UMNO takde nak pertikai pulak..

Dalam komen enta juga enta memperlekeh Dr Hassan Ali..cuba baca balik..lepastu enta nasihatkan orang supaya tunjuk akhlak baik..ni mksd ckp tak serupa bikin..
Ust kena masukkan juga Bohemian Virtuoso aka YB Penkit ni dalam spesies terakhir yang duk buat tahi di bumi Mesir ni..
Unknown berkata…
Salam,
penkt. ko ni memang nak cari publisiti je keje.
blog sndiri org tertentu je bleh bukak. nk wt caner kn? blog yb t.sri penkt. sume org kenal. dari org kecik, smpai la org besau.
t.g haji hadi pun knal ko.

cakap len kali pikir dulu consequence. jangan rase diri snirik je betul. org laen smua salah.

lg satu ko punye ym status bwt aku rase mnyampah. jgn la rase best sgt.
dlm blog ko dulu ko kutuk paan mahbub pasai dye pye shout out kt ym. hehe. ko igt org senang ke dgn ko pnyer?

try pilir other's person view.
bukan syok sndiri k?

aku komen ko kt cnie sbb ko muncul kt cni.
ko pnye che det the 2nd tu dh x available utk public dh?

husnuzon. mebe ko dh ta berblog lagi?

haha.
Time kasih bace.

yang benar,
kakikurap Alex.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
lg satu. kalo ko duk maen name ayah kt cni,
aku riso undi utk ayah ko next PRU menurun.
bukan doa suh jatuh,
tapi cuba lah berakhlak sket.
ko bwt perangai cani,
org mesti pertikai,
anak sapa la nih?
tak g2?
simple je kan?
cuba pk.

mebe ko nk try cara dakwah yg len.
tp ko pnye style bwt org tak senang.
bwt sakit ati orang.
elok ke camtu?
sakitkan ati orang.
benda simple je ni.
ni pun ko takleh nak jage.
bukan sorang dua.
ramai kot.

ayah aku bukan yb PAS.
haha.
tak perlu ayah yb, baru boleh nak berkata-kata.
btw, aku tanak carik pasal dgn ko.
sblom ni ade je bace blog ko.
tp tapenah nk komen.
malas nak layan org perangai camko.

aku bukan tak suka ko.
aku tak suka ko pnye perangai je.
aku ulang balik.
cuba berakhlak sket.
cuba contohi akhlak rasulullah.
kalo takleh smua, jangan tinggal smua.

k.
aku malas nk panjang2 nih.

Yg Benar,
Kakikurap Alex.

p.s: nk kenal aku, ko carik bdak yg ade kurap kt kaki. kah3. tp bdak laki ke pompuan? ko pk la snirik..

salam mujahadah buat penkt.


penkt wrote on his ym:

"ustaz2 PMRAM ni bile ditegur melenting, maki aku kt blog dorg. bile aku jumpa depan2 bermuka-muka, lembut plak gigi. semoga Allah lembutkan ati dorg utk berubah. Amen."

hehe. baru on ym td. terbace ko pnyer ym status yg best.
ko komen blog orang.
pastu nk tunjuk hebat lak.
jangan syok snirik boleh tak?
cuba jadi org yang berakhlak.

jadi org yang berakhlak.
jadi org yang berakhlak.
jadi org yang berakhlak.
jadi org yang berakhlak.
jadi org yang berakhlak.
jadi org yang berakhlak.
jadi org yang berakhlak.

aku ulang 7x.
moga2 kite jdik org yg berakhlak.
ameen ya rabb.

x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0
Unknown berkata…
penkt wrote on his ym:

"ustaz2 PMRAM ni bile ditegur melenting, maki aku kt blog dorg. bile aku jumpa depan2 bermuka-muka, lembut plak gigi. semoga Allah lembutkan ati dorg utk berubah. Amen."

mesti la diorang cakap elok2 dengan ko.
takan la nak maki hamun, nak belasah ko kot.

diorang pun tahu caner nk layan ko.
kena berbaik2.
kalo style nk berperang,
lagi meriah blog ko kutuk diorang.
lagi banyak idea utk ko post shout out kt ym.

tp org perangai cam ko ni. bek takyah layan.
bukan nk dengar buah org laen.
ikut kepala otak snirik je.

Yg Benar,
Kakikurap Alex.
kuang3x.
akubukananakYB berkata…
penkit oh penkit...ade aib nyg wajib ditutup,ade yg harus di sebar u pengajaran dan PENGAJARAN..sekali lagi, PENGAJARAN bagi yg buta...huhu
Bohemian Virtuoso. berkata…
ok, time kasih kaki kurap, sunnikholis dan akubknanakyb.

Aku juz nak ustaz Syafiq ni terase skit, sekalipun nak jadi sasterawan, ape psaan die bile aku kutuk die camtu.

Aku kenal Faizal Sobun tu, ustaz 1st yg ajak aku bkk puasa kt mesir ni.
Aku tau je kisah2 & gosip2 die.

Ok, aku maki org kt blog aku dulu.
Tp aku da benti maki dan aku da privatekan blog aku. Aku da tak kutuk sape2 da kt blog aku. Aku tau diri aku fitnah.

Spt mane kerasnye umar, bleh jgk berubah. Camtu jgk diri aku, aku pcaye, aku bley berubah.

Aku da tegur ustaz syafiq, ikutlah akhlak nabi dan tunjukkanlah contoh yg baek. Die siswa azhar, die patut tau lebih. Aku percaya die tau.

Aku tak rase salah pon si Faizal sabun tu nak tanye soklan hatta bdebat skalipun dgn Dr Hassan. At least die bfikir dan membangkang.

Labu-labu yg laen patut berase malu sbb taasub bute, tak paham pape, last2 takbir je keje.

Ustaz syafiq, kalo bace komen ni, 1 ogos sablom balek Malaysia sy turun kaherah, sy igt nk jumpe ustaz skali. Bleh kenal2 lebey. Time kasih.
pendekartua berkata…
Tak sehebat mana Hassan Ali tu. Tempat maksiat di Selangor semakin bertambah.

Yang lawaknya penceramah PAS di masjid2 Selangor masih lagi marah-marah maksiat merata-merata. Depa ingat sebelum Mac 2008 masa depa jadi pembangkang.

Pi le suruh Hassan Ali buat kerja tempat maksiat di Selangor.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)