Langkau ke kandungan utama

Damanhur : Satu Perjalanan









LAPAN Julai yang lalu, saya diminta mengisi dua kertas kerja di Damanhur. Mengikut perkiraan kasar, sekiranya bertolak daripada bandar Ramses, untuk ke Damanhur hanya memakan masa sekitar dua jam.

Perjalanan kali ini saya beria-ia mahu menaiki keretapi. Mungkin sudah bertahun tidak menjamah keretapi apatah lagi saya memilih kerusi kelas kedua berhawa dingin.

Perjalanan yang hanya bersendiri mungkin kadangkala membosankan. Tetapi, bukankah perjalanan itu satu peristiwa yang mendewasakan diri.

Terima kasih kepada Damanhur yang menjemput untuk membentangkan dua buah kertas kerja iaitu, Protokol Majlis dan Pengendalian Mesyuarat.

Buat setakat ini, saya ingin berhenti rehat daripada melunasi tanggungjawab menyampaikan ceramah di luar Kaherah.

Ada juga permintaan daripada pihak lain terpaksa saya tundakan kerana memikirkan banyak perkara di Kaherah terutama yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran PMRAM perlu diselesaikan dengan sebaiknya.

Hujung minggu ini, satu lagi program PMRAM yang harus saya tangani. Seminar Keusahawanan PMRAM bersama HPA Industries Sdn. Bhd. Walaupun saya sudah meninggalkan struktur kepimpinan, tetapi tugas dan tanggungjawab untuk mengetuai satu-satu persidangan harus saya ambil dan mengisinya.

Banyak catatan waktu sibuk ini tidak dapat disempurnakan. :(



Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Saya teringin sungguh hendak ke Mesir (duit royalti buku pun ada) tetapi teringat pula mungkin masih ada hutang zakat tertunggak (dulu-dulu saya tak bayar zakat langsung) yang belum saya lunaskan, jadi saya dulukan bayar hutang....
Tarbus Merah berkata…
Saya mendoakan agar Puan diizinkan Tuhan untuk merantau ke bumi anbiya ini.

Insya-Allah.
Melihat Kesunyataan berkata…
Assalammualaikum!
Nampak di luar jendela keretapi pemandangan yang hampir sama dengan di Malaysia.
Betulkah?
Tarbus Merah berkata…
Tuan Shapiai,

Di Mesir, tumbuh-tumbuhan serta tanaman segar tetap membiak walaupun Mesir adalah negara padang pasir.

Ya! Amat menakjubkan di Mesir.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)