Langkau ke kandungan utama

ARMA : Sejarah PMRAM Tidak Pernah Padam

ARTIKEL KHAS

KESIBUKAN isu yang dipolitikkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ini, saya mengesyorkan kepada PMRAM untuk tidak melupakan hak dan sejarah PMRAM terhadap ARMA.

Baca Lagi Tentang ARMA di sini

Sekiranya mahasiswa kita di ARMA dihalau, saya akan memohon tindakan-tindakan berikut :

1. Demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) selepas diperkenankan oleh pihak keselamatan Mesir. (PMRAM berpengalaman mengadakan tunjuk perasaan. Kita yakin polis lebih mempercayai mahasiswa. Kali terakhir kita mengadakan demonstrasi pada Mac 2005 di Asrama Pelajar Selangor)

2. Mengarahkan satu kenyataan akhbar dibuat oleh mana-mana persatuan dalam masa terdekat.

3. Mengesyorkan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ditutup sebagaimana mudahnya mereka menutup pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah.

4. Memastikan perkara ini dibawa ke peringkat Pejabat Tanah Kerajaan Mesir bagi menyelesaikan isu tanah ARMA tersebut dibincangkan oleh mahkamah.



Ulasan

Paracletos berkata…
3. Mengesyorkan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ditutup sebagaimana mudahnya mereka menutup pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah.

Syor yg tidak masuk akal.

Pertama : Anda perlu faham perbezaan antara JPMK dan pengarah JPMK. masaalah adalah pada orang2 yg memegang JPMK, bukannya JPMK. Kelambu tidak perlu dibakar.

Kedua : Perlu disedari JPM Iskandariah adalah furu' kepada JPM Kaherah yg merupakan USUL.

Memang tidak ada masaalah kalau nak tutup JPMI kerana segala urusan2 di Iskandariah boleh boleh dibawa ke Kaherah.

Namun jika anda tutup JPMK, kemana anda nak terjemahkan / minta pengesahan segala dokumen2 anda?

Jangan beritahu saya "kita ada Kedutaan untuk semua itu, mengapa perlukan JPMK?", cukup menunjukkan tuan empunya jawapan tidak faham beza fungsi Kedutaan dan JPMK.
Tarbus Merah berkata…
Anda ingat saya tidak tahu perbezaan di antara KBMK dan JPMK?

Berapa lama anda hidup dalam peraturan dan undang-undang?

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)