Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, July 01, 2009

ARMA : Pelajar Miskin Dihalau


Pelajar Agama Di Anak Tirikan Oleh Kerajaan Malaysia
Syafiq Zulakifli

SELEPAS puas menghalau PMRAM daripada tinggal di dalam bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) di Kaherah pada tahun 1994, lima belas tahun selepas itu (tahun 2009) penduduk ARMA akan dihalau ke semuanya. Ini berikutan kes kejadian sebuah bilik di aras 5 yang terbakar, 18 Jun yang lalu.

Arahan ini telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) kepada para penghuni ARMA.

Saya menulis artikel ini atas dasar belas ihsan kepada golongan agamawan (mahasiswa pengajian Islam) yang tidak mampu menyara kos tinggal di rumah sewa. Penghuni bangunan tersebut hanya perlu membayar LE48 untuk tinggal di bangunan tersebut. Berbeza dengan kos menetap di rumah sewa yang jauh lebih tinggi. Harga rumah sewa terkini di Kaherah (LE 1,000-1,500)

Tindakan bijak menghalau

Selepas berlaku kebakaran di bangunan tersebut pada 18 Jun yang lalu, tindakan bijak pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah dilakukan dengan membawa alasan bahawa 'mereka ingin mengislah bangunan' tersebut. (islah adalah memperbaharui atau memperbetulkan)

Alasan ini juga digunakan kepada PMRAM semasa ingin menghalau PMRAM menghuni di bangunan tersebut pada tahun 1994 yang lalu.

Oleh itu, kita sememangnya mengesyaki unsur tidak bertanggungjawab ini dilakukan kepada sebahagian besar mahasiswa pengajian Islam yang menghuni di dalam bangunan tersebut.

Alasan mereka mudah. Mahasiswa di dalam bangunan tersebut ramai yang pro pada PMRAM. Oleh yang demikian, tindakan tersebut dilakukan dengan alasan, selepas proses 'halau' dilakukan kepada semua mahasiswa dan proses memperbaiki bangunan tersebut, pihak pentadbir bangunan tersebut akan memilih mahasiswa tajaan sahaja yang menetap di bangunan tersebut.

Ini bermakna mahasiswa JPA dan MARA (confirm mahasiswa perubatan sahaja) yang akan layak duduk di dalam bangunan tersebut. Bagi mereka, golongan yang mempunyai biasiswa sahaja yang berkemampuan membeli makanan di kantin ARMA sedang mahasiswa pengajian Islam yang tidak punya biasiswa dikeluarkan dan dipaksa tinggal di kawasan luar.

Di antara alasan lain yang diberikan juga adalah mahasiswa dan penghuni yang menetap di bangunan tersebut tidak menghadiri program yang dianjurkan oleh kedutaan dan jabatan penuntut ketika kehadiran wakil-wakil daripada kementerian di Dewan Besar ARMA.

Oleh yang demikian, pihak yang tidak bertanggungjawab ini sudah memikirkan bahawa kedatangan mahasiswa JPA dan MARA bakal memberikan keselesaan kepada mereka dan pastinya mereka akan 'mentarbiah' dengan mudah mahasiswa ciptaan mereka sendiri di bangunan tersebut nanti.

Saya mengesyorkan persatuan-persatuan mahasiswa di bumi Mesir memprotes tindakan pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ini demi memastikan pelajar miskin yang tidak berkemampuan ini akan terbela daripada sudut ekonomi dan pengajian mereka.

Saya juga memohon agar satu memorandum di hantar ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan surat bertulis kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia untuk memohon agar tindakan kurang bijak ini tidak dilakukan.

Difahamkan bahawa satu sidang akan diadakan bersama semua penghuni dalam masa yang terdekat.

Saya akan membuat liputan selepas maklumat dikumpul.


2 comments:

Effy Saiful said...

huish syafiq..pedas nih..ada berbaur2 diskriminasi antara 2 bdg di mesir..huhu

anyways, it wasnt as bad as it sounds.. tak tahu la ada agenda di sebaliknya mcm ko ckp tu.. tp malam td, everything went well.. bdk2 pn mcm tak ramai yg protes.. mgkn disebabkan dr jamil pandai bermain psycology..

harap2 takde apa2 benda buruk berlaku..

typeace said...

Sabar ye Effy, aku membela semua warga ARMA. Oleh kerana golongan agama adalah pelajar miskin, kita membawa isu ini untuk difahami.