KEGAGALAN MAHASISWA AL-AZHAR : SATU ANALISIS MAHASISWA FAKULTI BAHASA ARAB, TAHUN EMPAT, UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH, MESIR. Oleh : SYAFIQ ZULAKIFLI Pendahuluan AKHIR-AKHIR ini pelbagai salah tanggap negatif dilemparkan kepada mahasiswa Al-Azhar terhadap keputusan peperiksaan. Ramai yang menganggap mahasiswa kita tidak belajar dan kurang memberi penumpuan di dalam pelajaran masing-masing. Masing-masing tuduh-menuduh di antara satu sama lain. Paling merisaukan apabila pelbagai kenyataan akhbar keluar sehingga menemplak mahasiswa kita di Mesir. Kertas kerja ringkas ini saya menulis selepas meninjau hasil keputusan peperiksaan mahasiswa Tahun Empat Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar yang telah keluar seminggu yang lalu di kuliah. Hasil pemerhatian saya, beberapa perkara perlu diperbaiki sama ada daripada sudut pentadbiran, pengurusan dan pembelajaran mahasiswa Malaysia di bumi Mesir. Saya mengharapkan agar analisis ringkas ini mampu memberi peluang kepada Kementerian Pengajian T...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran