Langkau ke kandungan utama

DUNIA BUKU : Pengalaman Sebagai Editor

Antologi Cerpen dan Puisi (2008)

Dialek Arab Mesir (di antara buku best-seller Mesir)

Buku ilmiah (versi cetakan Mesir)

SEPANJANG berada di Mesir, walaupun saya bukan penyelenggara kepada Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, tetapi saya diberi peluang sebagai editor kepada beberapa buah buku keluaran PMRAM.

Walaupun kebanyakan bidang tugas sebagai editor yang saya lakukan adalah hanya menyusun letak muka surat, membaca pruf bagi setiap perkataan dan ayat, ia adalah satu kerja dan tugas yang murni.

Sebagai editor yang tidak bertauliah, pastinya ada beberapa kecacatan dan kekurangan sepanjang mengendalikan buku-buku tersebut. Namun, saya berasa kepuasan kerana sambil mengedit karya tersebut saya juga dapat belajar daripada isi kandungan tersebut.

Oleh kerana sektor buku kini sudah menjadi laut biru dalam pasaran, saya tidak menolak menjadikan buku sebagai bidang kerjaya. Mungkin juga sebagai penulis sepenuh masa. Doakan sahaja. Ramai teman-teman seangkatan yang sudah duduk goyang kaki menunggu royalti sahaja di rumah.

Walau apapun, menjadi seorang editor juga bukan mudah.

Tambahan :
Gambar di atas adalah beberapa buah buku yang diedit oleh saya. Ketiga-tiga buah buku tersebut juga keluaran PMRAM.

Sehingga artikel ini ditulis, empat buah syarikat 'gergasi baru' di Malaysia sedang menjeling-jeling PMRAM untuk memasarkan buku PMRAM di Malaysia. Syarikat yang mana seharusnya menjadi pilihan PMRAM?



Ulasan

Minat ngn buku "Dialek Mesir" tu...alangkah bahagia kalau ada sahabat boleh tolong dapatkan..hehehe
AVA berkata…
Salam takruf, menjadi editor adalah satu tugas yang mulia, bertujuan untuk memurnikan manuksrip tersebut. Ia bukanlah kerja yang mudah sebenarnya, nampak ringkas dan tidak memerlukan sebarang tenaga yang banyak tetapi sebenarnya ia memerlukan penelitian dan kesabaran yang tinggi terutama berhadapan dengan manuskrip yang penulisnya tidak biasa menulis.
Syabas syafiq, dunia editorial dan perbukuan mampu mengasuh minda dan jiwa menjadi lebih berhati-hati dalam kehidupan. Bidang ini harus ditekuni... dan saya amat mengalakkan. Teruskan.
Tarbus Merah berkata…
Abang Lan,

Terima kasih kerana menyokong gerak kerja saya selama ini. Semoga kita mampu bekerja di bawah satu bumbung insya-Allah.

Yang Mendoakan..
Insya-Allah itu tidak mustahil. Perjalanan hidup yang panjang berkemungkinan untuk menemukan kita dalam satu acara....mungkin

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)