Langkau ke kandungan utama

ARMA Terbakar : Salah Siapa?

Suasana daripada luar bilik dan bangunan ARMA

Bilik mangsa yang tidak dapat diselamatkan

Wayar elektrik putus dan kebakaran cepat merebak
(Bahang api masih terasa ketika saya berada meninjau lokasi kejadian)

Hanya tinggal kenangan. Katil, almari, pakaian, komputer dan semua peralatan hangus dijilat api

Peraturan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah kepada penghuni

ASRAMA RUMAH MELAYU ABBASIAH (ARMA) di Kaherah mencatat rekod tersendiri apabila buat kali pertama terbakar semenjak dibaiki oleh pihak kerajaan Malaysia dan selepas menghalau PMRAM duduk di dalam pejabat PMRAM yang berada di dalam bangunan tersebut.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.00 tengahari dikatakan berpunca daripada litar pintas sehingga ada dakwaan mengatakan bahawa sistem elektrik menyebabkan punca sebenar kebakaran ini berlaku. Sebanyak tiga buah bomba berkejar ke tempat kejadian dan memadam api yang marak terbakar.

Kejadian telah berlaku di salah satu bilik di tingkat lima yang mengakibatkan mangsa kerugian teruk apabila tinggal sehelai sepinggang. Ketika kejadian, mangsa dikatakan tiada di dalam bilik dan sedang berada di dalam bilik komputer Rumah Melayu tersebut.

Banyak spekulasi timbul selepas kejadian ini berlaku. Sebagai penghuni yang pernah menginap di bangunan ini pada tahun 2005, saya berpandangan ada beberapa perkara yang perlu dikaji semula oleh pihak pengurusan.

Pertama : Ramai penghuni menjadikan alasan bahawa harga makanan di kantin asrama yang terlalu mahal menyebabkan penghuni mengambil peluang menggunakan dapur elektrik di dalam bilik masing-masing untuk memasak.

Apapun, perkara ini masih lagi di dalam peringkat kajian.

Kita khuatir bahawa penghuni ARMA yang berpendapatan rendah tidak mampu menanggung kos makanan harian sehingga memaksa kejadian ini berlaku.

Kita memaksa bahawa pihak bertanggungjawab seharusnya peka terhadap keperluan penghuni yang menginap di situ agar mereka dapat menggunakan pantry room dengan sebaiknya dan isu masak-memasak di dalam bilik masing-masing tidak akan timbul lagi selepas ini.

Kedua, biasiswa dan peruntukan kewangan bagi makan tengahari dan makan malam seharusnya diberikan kepada penghuni agar penghuni yang masih belajar tidak terbeban dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi.



Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Ni tanda-tan PMRAM nak dapat balik ARMA ke?

Harap-harap PMRAM tak dituduh melakukan pembakaran di ARMA plak nanti hehehe
hanbali berkata…
skrg bkn waktu kita menuding jari antara satu sama lain, saya rasa klu PMRAM yang mengendalikan ARMA sekalipun mungkn ARMA tu akan terbakar semuanya kerana memandangkan utuk mendapatkan syaqah PMRAM sampai sekarang masih mencari2 dana, dan istilah "halau" yang digunakan itu rasanya tidak sesuai kerana org yang bertanggungjawab melakukan "rampasan" ini adalah golongan yang pernah berada dalam PMRAM suatu tika dahulu dan ini wajar mereka mengambil kembali hak mereka hasil daripada perjuangan mereka dahulu. PRAM sekarang?hanya menikmati dan membangkang tanpa mengingatkan kepentingan pelajar..
Ibnu Ali berkata…
Lek la bro hanbali.. aku gurau jer ngan chaon.. huhu

(cakap ar aku gurau tak bertempat)
hanbali berkata…
wei anak ali, hang nak relax pi padang kota arr, aku tak kata kat sapa2 pun yang hang nak terasa tu pasai apa?aku cuma bagi pandangan..
fit3nan berkata…
salam.ustaz syafiq,mhn ihsan picture u post kat blog saya .tq
rindunye kat ARMA,Mesir n sbht2.ada rezki nk blaja lg kat Mesir nnti.iAllah.
ibnu ali n hanbali..nama pun dah nk dekat.xelok gado-gado,khilaf pendapat xpe.hehe :)

saya sayang ARMA n PMRAM
Tarbus Merah berkata…
Ibnu Ali dan Hanbali

Tiada apa yang perlu diperdebatkan. Sabar sahaja.

Fit3nan

Saya tiada halangan apa-apa. Sila sahaja.
Abqori Bro berkata…
Salam Semua.

Hakikatnya, entri ini menceritakan tentang kebakaran, tapi tak fasal-fasal disebut juga tentang PMRAM dihalau dari ARMA. Sepatutnya tak payah lah nak disebut langsung hal itu. Kalau saya jadi penulis blog ini, taubat saya tak sebut.

Cuba baca balik entri itu, memang jelas ayat itu sekadar tambahan yang tak patut dan macam nak provokasi. Biasalah mentaliti yang dah lama disuburkan dalam minda, akhirnya melekat. Semua yang dibuat oleh orang yang tak satu kapal dengan kita, semua kita anggap salah. Biasalah, dalam falsafah politik pun orang boleh sesat (merujuk kepada kalam seorang ustaz Melayu kabir di Mesir ini dalam kelas talaqqi beliau), termasuklah dalam politik PMRAM sekalipun. Sebab itu lah kena ada tasawwuf. Oleh itu, eloklah kiranya kita berjalan di lorong sufi ini, mengenali sifat-sifat mereka yang terpaut hatinya sentiasa dengan Tuhan, barulah kita boleh jadikan mereka sebagai tauladan dan kita akan selamat dari sibuk mencari kesalahan orang lain.

Entri ini seolah-olah mencari untuk peluang untuk menuding jari ke atas orang lain atas kecelakaan yang menimpa orang lain. Tak patut! Tak patut! Tengoklah tajuknya itu, Salah Siapa? Provokasi sungguh. Bukankah telah disebutkan bahawa ianya litar pintas. Entah-entah disebabkan oleh charger atau hal-hal lain agaknya.

Walaupun saya selalu baca blog ini dan melanggannya sendiri terus ke emel (baca : peminat setia), saya rasa sangat yang entri ini tidak berpatutan dikeluarkan. Kalau atas dasar pemberitahuan tentang kebakaran, bagi saya ia tak mengapa, tapi bila diselitkan tentang isu penghalauan yang tak dan tak dan tak berkenaan langsung, ianya tak patut.

Semoga Allah mengampuni kita semuanya. Amin!
Tarbus Merah berkata…
Abqori,

Saya bersetuju dengan fakta saudara. Tetapi bukankah falsafah menulis juga memerlukan perencah seperti garam, gula dan sebagainya agar lebih enak?

Sekadar menambah.
Abqori Bro berkata…
Betul perlu ada garam, gula, dan kalau boleh, biarlah ada solsoh, tapi tiap-tiap tulisan kenalah ada fokus utama. Dan fokus utama di sini hanyalah BERITA. Jadi, macam kurang enak kalau ada sisi lain, lagi tak enak, kalau ianya provokasi. Saya ni walaupun tak mahir menulis, ada lah juga memahami falsafah penulisan ini.

Harap tulisan-tulisan anta selepas ini lebih matang, walaupun tulisan sekarang sudah matang, ia perlu dipermatangkan lagi.

Yang Benar,
Pembaca Terutama, atau paling utama.
Abqori Bro berkata…
By The Way, saya bukan nak cari perseteruan, cuma hanya nak memberi kritikan. Bukankah kritikan dan komen itu umpama bulldozer? Nampak seperti memusnahkan walhal hakikatnya membina.

Konstruktif gitu. ;))
Puan Ainon Mohd. berkata…
Yang roboh, yang bocor, yang terbakar.... Apa tindakan? Mana laporan siasatan?

Malaysia boleh!
Aslmkm....

Chaon...Dr. Jamil ada Assoc. Prof.? Setahu aku dia x dpt dri UIAM...Al-Azhar yg bagi ni...
Ezo berkata…
Kepada blogger "Mohd Shahrizal Nasir",Prof Madya DR Jamil Hasyim dapat "Assoc. Prof" dari UIA sendiri bukan Al Azhar.Posting beliau ke MESIR sebagai PENGARAH JPMK,menambahkan markah kelayakkan "Assoc. Prof" selain kajian-kajian yang telah dilakukan.

Wassalam.
(Sahabat Prof Madya Dr Jamil di Cairo)
@ku berkata…
slm...terima kasih pd penulis blog atas info yg anda berikan..aku setuju dgn apa yg penulis blog ini tulis mengenai kebakaran yg berlaku di ARMA dan tajuk'SALAH SIAPA'..tajuk ini memang cukup sesuai sekali dlm blog ini...first..cuba kita fikir barapa byk kerajaan malaysia habiskan duit untuk islahkn mabna ini..ini bkn untuk provokasi..kenapa kerajaan perlu merampas bagunan ini dr persatuan PMRAM..salah ke penulis blog cerita dan ltkkan tajuk'salah siapa'ini bkn politik tp ingin ceritakan kebenaran yg tersirat...kenapa kerajaan tdk ambil jln alternatif untuk beli bagunan lain atau sewa..kenapa perlu rampas hak persatuan yg sedia ada..balik pd cerita kebakaran di arma..mungkin ia satu kejadian yg tak di sangka..tp cuba ia dtgnya dr allah..dan apa sbbnya pekara ini berlaku..mcm tsunami..org kata kejadian alam..tp bg ulama ia adalah satu bala dr allah..dan di sini saya bkn nak sebut bala tp ia satu ujian atau kifarah buat kita manusia yg biasa..cuba kita fikir dgn beratus ribu kerajaan hbsknan untuk buat bagunan ini takkan masih ada lg litar putus di bagunan ini..ke mcm berlaku di malaysia stadium sutlan mizan runtuh..pandai2 la fikir sendiri..allah maha kuasa..kita rampas hak org dgn cara yg salah dan ini mungkin balasan dr apa yg kita buat..jgn slh faham tiada politik di sini..dan apa2 pun kita kembali pd allah muhasabah diri kita..tak kira kita ini dari mana2 politik..tp yg penting kita semua sama je akidah yg satu..wallahhu aklam.."nikmal maslakan nakdul banna wa biksa maslakan nakdul haddam"fR0m @Ku
@ku berkata…
semua dtg dr Allah. Bak jahat balasan tetap ada. cuma mahu tak mahu tak nak mgaku kesalah diri lalu meletak kan ksalahan pd org lain..dan akan terus mgundang bencana lain.
Unknown berkata…
sangat setuju dengan @aku.
Semuanya berlaku kerana Allah yang hendak ianya berlaku.

Untuk @aku "litar putus" yang tuan sebut tu...tak akan berlaku kalau tidak ada tangan tangan yang gatal untuk melakukan perkara perkara yang boleh menyebabkan ianya berlaku'litar Putus'

Lain kali kalau nak komen gi study dulu what is short- circuit.then beri komen.

Pada kesimpulan komen @aku...sama macam Samy Vellu buat komen " act of God'.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)