Langkau ke kandungan utama

Imam Syafie di Mesir

Nik Rosdi di hadapan makam Imam Waqi'

Baca sendiri ya apa yang ditulis

SALAH SATU Imam empat mazhab wafat di Mesir. Beliau adalah Imam Syafie R.A. Mazhab Syafie merupakan salah satu mazhab yang digunakan oleh umat Islam di negara kita Malaysia.

Bagaimana pengaruh mazhab Imam Syafie sampai ke Malaysia? Pelik bukan? Sejarah menunjukkan bahawa ulama nusantara terkesan daripada pengaruh Yaman dan Hadarul Maut.
Madrasah Al-Attas sebagai contoh, sebuah institusi pengajian Islam yang dibuka di negeri Johor demi meneruskan kelansungan pendidikan Islam daripada negara Arab tersebut.

Saya sedang mengkaji sejarah penting negara iaitu perdagangan Islam yang bermula daripada Melaka hasil daripada pengaruh secara langsung negara-negara Arab di sebelah Timur Tengah ini.

Ada fakta-fakta menarik yang boleh dikongsikan.

Pertama, nama Imam Syafie sebenar adalah Muhammad bin Idris

Kedua, Imam Syafie lahir di Ghazzah, Palestin. (Dekat je dengan Mesir ni)

Ketiga, salah seorang guru Imam Syafie adalah Imam Waqi'. (Gambar di atas merupakan pintu masuk ke makam Imam Waqi'

Keempat, Imam Syafie juga berguru dengan Imam Malik.

Kelima, mazhab Syafie adalah salah satu mazhab yang empat. Iaitu Hanafi, Maliki, dan Hanbali.


Ulasan

ABDUL LATIP berkata…
Typeace,

Tuan lama menuntut di Mesir. Sudah kerap kali menziarahi makam Imam Syafie. Saya ingin bertanya. Benarkah ibu Imam Syafie (Fatimah) dari keturunan Saidina Ali?. Sebab ada pendapat yang mengatakan ibunya orang Yaman bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah. Tetapi al Hakim meriwayatkan ibu imam Syafie bernama Fatimah binti Abdullah binti al Hussain bin Hassan bin Ali bin Abi Talib. Boleh tuan bantu saya mengenai perkara ini?.

Satu pertanyaan lagi, benarkah Imam Syafie berkahwin dengan cucu Saidina Uthman Affan yang bernama Siti Hamidah binti Nafi'? Tetapi tidak ada anak Saidina Uthman bernama Nafi'?

Maaf kalau pertanyaan ini menyusahkan tuan.
DzuLagiL berkata…
perkongsian yg menarik...
tahniah

salam 'alaik...!
Tarbus Merah berkata…
Pak Latif yang dihormati,

Pendapat yang lebih tepat menunjukkan bahawa ibu Imam Syafie bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah.

Walaupun demikian, riwayat daripada Al-Hakim juga ada benarnya.

Di dalam perbahasan ulama, ada sahaja titik perselisihan di dalam menentukan fakta yang tepat.

Walaubagaimanapun, ibu Imam Syafie yang lebih tepat adalah Uzdiyyah atau Usdiyyah. (kedua-keduanya betul)

Tambahan : Imam Baihaqi telah menyatakan bahawa pandangan yang mengatakan bahawa Fatimah daripada keturunan Saidina Ali adalah lemah.
Tarbus Merah berkata…
Dzulagil,

Terima kasih kerana berkunjung ke teratak saya ini. Moga ada manfaat yang banyak diperoleh.
ABDUL LATIP berkata…
Typeace,

Saya ingin mengajak tuan berbincang lagi bagi mencari fakta yang benar. Dipersilakan juga sesiapa yang sudi memberi pendapatnya.

Saya sedang menulis kisah Imam Syafie untuk dijadikan novel. Saya lebih yakin dengan apa yang diriwayatkan oleh al Hakim bahawa ibu Imam Syafie ialah Fatimah keturunan daripada Saidina Ali.

Hujah saya begini. Idris ayah Imam Syafie berkahwin dengan ibu Imam Syafie semasa mereka berada di Mekah. Kemudian atas sesuatu urusan Idris membawa isterinya ke Palestin lalu melahirkan Imam Syafie di Ghazzah.

Adapun Ummu Habibah al Uzdiyyah itu wanita Yaman dari kabilah Uzd.

Sebagai lelaki dari keturunan Bani Hasyim tentu memilih wanita dari kalangan Quraysi juga menjadi isterinya.

Kerana itu saya lebih yakin pendapat al Hakim walaupun dikatakan lemah. Sedangkan pendapat yang mengatakan ibu Imam Syafie bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah itu tidak tahu dari mana sumbernya.

Seperti mana yang kita maklum, Imam Syafie kurang disenangi oleh pengikut Imam Hanafi dan Imam Malik. Malah mereka memusuhinya.

Bagainana kalau mereka yang sengaja menafikan ibu Imam Syafie itu keturunan dari Saidina Ali dengan tujuan tertentu?.

Atau ayah Imam Syafie mempunyai dua orang isteri?.

Jika saya terus mengekalkan ibu Imam Syafie ialah Fatimah binti Abdullah bin al Hasan bin al Hussain bin Ali bin Abi Talib. Apa komen tuan?

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)