Langkau ke kandungan utama

Dari Pusat Pulang Ke Negeri

Teman-teman kita daripada negeri Johor yang harus dibantu

SETELAH TIGA TAHUN, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminjam saya di peringkat pusat untuk membantu kepimpinan dan pengurusan pentadbiran, saya akan kembali semula ke peringkat negeri Johor selewat-lewatnya awal April nanti.

Hakikat dan fenomena silih berganti kepimpinan ini akan terus berlaku di dalam memacu pentadbiran. Oleh yang demikian, seperti yang dimaklum umum, dua orang teman daripada negeri Johor akan mengambil alih tugas saya. Pertama, Saudara Mohd Yazid Pardi dan Saudara Amaluddin Arshad. Apapun, lakukanlah tanggungjawab kalian berdua dengan baik dan memikul amanah yang 'amat berat' ini dengan sebaiknya.

Pengalaman yang saya timba sudah cukup mematangkan saya bergelar seorang mahasiswa. Daripada saya tidak mengenal sepatah huruf pun kepada saya mengenal huruf alif. Malah pengalaman berada di dalam saf kepimpinan menjadikan saya lebih kuat untuk berhadapan dengan cabaran dan rintangan besar yang akan di hadapi pada masa mendatang.

Apa yang lebih penting thaqafah dan ilmu menjadi landasan utama di dalam memacu perubahan minda mahasiswa Al-Azhar. Sebab itu saya katakan, ada tugas yang lebih besar harus digalas selepas ini kerana negeri Johor bukanlah sebuah negeri kecil di Semenanjung Malaysia.

Mahasiswa Al-Azhar di negeri Johor harus diberikan latihan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa mendatang lebih-lebih lagi kerajaan Johor telah memperkenalkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Kakak saya juga sudah berpindah pejabat di Bandar Nusajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor yang baru.

Apakah sumbangan yang boleh diberikan selepas ini kepada mahasiswa kita di negeri Johor?

Ulasan

rahmahmokhtaruddin berkata…
Sumbanglah pemikiran saudara yang matang dan kritis tu, untuk kebaikan semua..

Jangan lupa wariskan ilmu-ilmu psikologi juga.. =]
Tarbus Merah berkata…
Saya sanggup memberikan seluruh tenaga saya untuk Islam sekiranya masih diperlukan.

Perjuangan perlu diteruskan. Doakan saya.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)