Langkau ke kandungan utama

PRK Kuala Terengganu : Barisan Nasional Perlu Lebih Rasional

Palestin berdarah. Mengapa masih kita ketawa?
sekadar hiasan

SUDAH belambak karya-karya penulis bebas yang tertera sama ada di akhbar ataupun di blog peribadi selepas keputusan kegagalan Barisan Nasional mengekalkan Parlimen Kuala Terengganu yang dianggap kubu hampir kuat Barisan Nasional.

Sebelum meneruskan kalam, diingatkan bahawa ini bukanlah artikel politik tetapi ia hanyalah sekadar renungan yang boleh dikongsi bersama.

Mengapa BN kalah? Apakah parti itu sudah tidak relevan? Jawapan saya tidak. Parti itu masih lagi releven buat setakat ini. Malah daripada hasil jumlah undi yang diterima oleh BN, tidaklah menampakkan bahawa BN lemah di dalam masalah ini.

Namun, apakah punca sebenar kegagalan BN mengekalkan kerusi tersebut. Dikatakan bahawa, pengundi remaja (ala-ala umur semacam saya ini) sudah mahu perubahan. Mereka mahukan sebuah parti yang hidup mementingkan rakyat. Mereka juga mahukan hidup didasari dengan sebuah pengorbanan tanpa mengaut keuntungan.

Barangkali BN perlu membuat penyelidikan dengan lebih terperinci berhubung hal ini. Dianggarkan juga lebih daripada 50% (remaja ala-ala umur semacam saya ini) sudah menaruh kebencian terhadap BN. Oleh yang demikian, BN perlu lebih rasional pada masa mendatang.

Pesanan:
Mereka yang tidak sefahaman dengan saya harap bersabar.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Saya pun rasa kasihan kepada UMNO, yang tahu faktor-faktor yang menyebabkan mereka kalah, tetapi tidak dapat menyelamatkan keadaan.

Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang pegawai penerangan peringkat bahagian UMNO. Isteri beliau orang Johor, jadi beliau pulang beraya haji di Johor. Semasa di sana beliau mengambil kesempatan berbincang-bincang dengan anak-anak muda. Beliau memberitahu saya bahawa anak-anak muda Johor yang ditemuinya rata-rata tertarik kepada PKR. Mereka kata: UMNO parti orang tua!
Ibnu Ali berkata…
@ ainon mohd

Hehe, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), memang dah tua.

Betul kata budak2 tu, masa saya balik Malaysia, rata-rata yang pergi ke Mesyuarat UMNO Cawangan tempat saya orang-orang tua. Kebanyakkan mereka tak tahu pun yang majlis tersebut menunjukan 'aksi perebutan' kuasa. Emak saya pun dapat surat jemputan mesyuarat. Mungkin satu taman tu dapat surat jemputan tu.

@ Syafiq

Ya, UMNO masih relevan dikalangan orang yang tak relevan.

hehehe
Puan Ainon Mohd. berkata…
Saya bukanlah anti-UMNO.

Saya anti-rasuah dan pejuang Bahasa Melayu.

Dalam dua perkara itu, saya sangat kecewa dengan UMNO.

Budak-budak kampung dan anak orang miskin, yang sepatah tidak tahu bahasa Inggeris, tiba-tiba masuk darjah 1, mereka diajar matematik menggunakan bahasa Inggeris.

Saya tambah kecewa walaupun UMNO sudah dihukum oleh orang Melayu tetapi masih tidak mahu mendengar suara hati orang Melayu.

Malah orang UMNO pun sudah ramai yang menghukum UMNO dengan keluar berbondong-bondong daripada parti itu. Itu pun pemimpin UMNO di semua peringkat masih tidak mahu mengubah tingkah laku mereka yang dibenci oleh rakyat.

Apa yang menyebabkan fenomena pelik itu tentulah konflik antara kepentingan survival parti dengan kepentingan peribadi. Dan ternyata mereka mendahulukan kepentingan peribadi. Inilah sangat mengecewakan saya.
Tarbus Merah berkata…
Saya juga bukan anti-UMNO. Tapi saya tidak setuju apa yang dibuat oleh puak-puak UMNO hari ini.

Namun,jikalau mereka sudah menginsafi kesalahan mereka, waktu itu mungkin saya akan jadi penyokong mereka. :)

Budak-budak PAS lepas ni kutuk saya la jawabnya.hehehehehe.

ISLAM FOR ALL

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)