Langkau ke kandungan utama

Karya di Berita Minggu


Kredit untuk seorang teman di Malaysia, Saudara Ahmad Zainan bin Md Khudzari kerana memaklumkan bahawa karya saya terbit di Berita Minggu, 20 April 2008. Realitinya, jarang-jarang saya menjadi orang pertama yang ketahuan bahawa karya saya di media cetak. Namun, sebagai orang baru saya akui, saya masih lemah di dalam menggunakan diksi-diksi yang puitis di dalam bicara.

Kali ini saya menampilkan metod dakwah di dalam puisi ini. Karya 'Sebuah Pengharapan II' merupakan kesinambungan daripada puisi 'Sebuah Pengharapan'. Seperti yang pernah saya maklumkan, untuk memperoleh diksi yang kemas beberapa pembetulan, pengubahsuaian kata dan prosa amat penting. Justeru, karya ini memberi latihan kepada saya supaya saya lebih matang di dalam menyampaikan sesebuah karya dengan saksama dan wibawa.

Karya puisi 'Kubur Kita Lain-Lain' yang pernah terbit di Berita Minggu juga adalah karya mentah saya pada peringkat awal. Justeru, beberapa teknik saya gunakan di dalam memastikan bahawa karya yang saya hasilkan lewat beberapa kali dihantar kepada penerbitan digunakan dengan sebaiknya.

Saya mendidik diri agar tidak malu dikeji oleh pengkritik. Justeru, apa salahnya jika karya ini juga mendapat tamparan daripada kalian selalu pembaca.

SEBUAH PENGHARAPAN II

Pada sebuah kedamaian kecil
ada tinta menari lesu
dan jari-jari mula bersabda
bantulah aku,bantulah aku.

Dan ketikanya
ratapan agung yang memuncak
dikelahi tabir-tabir cinta mengharap
dari pagi ke dinihari
dari subuh ke senja begini
tunggu Izrail menjemput nanti.

Tuhan ajarkan aku erti taqwa
latihkan diri berkhairatkan pahala
gersang meneroka bias-bias haloba
menuntut nafsu raja.

Dari kalbu yang dingin ini
Ampunkan aku Tuhan!

SYAFIQ ZULAKIFLI
Kaherah, Mesir

Ulasan

Fahd Razy berkata…
Tahniah!
Tarbus Merah berkata…
terima kasih kepada Fahd. Fahd lebih mantap daripada saya.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)