Langkau ke kandungan utama

COMOLOT : ASWARA Lahirkan Kilang GAY




Betapa jiwa saya terbelalak mengetahui bahawa ASWARA melahirkan filem pendek yang berjudul 'Comolot'. Menjentik rasa hati, inilah filem pertama saya kira berunsurkan gay yang wujud di pasaran Malaysia.

Apakah benar, filem ini mendidik akidah? Atau sebenarnya telah tersasar daripada kehendak? Di mana pula tanggungjawab FINAS selaku orang yang bertanggungjawab di dalam penerbitan filem di Malaysia? Adegan kaum Luth benar-benar dipertontonkan tanpa segan silu di dalam filem ini. Wah! Betapa kurang ajar mereka. Adakah ini negara Islam Hadhari yang dilahirkan oleh kerajaan. (Maaf, jika saya kurang sopan di dalam berhujah. Tapi saya kira Dr. Asri pun dah pandai nak keji Islam Hadhari)

Ini masalah yang berat! Bukan mainan. Saya benar-benar tertampar melihat aksi Ben Quariel dan Remy Ishak yang sememangnya seperti pasangan yang intim di dalam filem ini. Bermula daripada episod tidak memakai baju pada awal filem, kemudian disusuli pula dengan adegan mengintai tirai tandas. Ya Allah. Betapa kurang ajarnya!

Yang paling dahsyat, tayangan 'bunga' di atas katil bilik mereka juga dipertontonkan dengan indah. Di mana maruah kita?

Usai daripada itu, babak paling kecewa yang terpaksa saya jahanamkan filem ini adalah babak berpelukan dalam dakapan di dalam kamar mandi dengan basah yang mencengkam nubari dua orang lelaki. Aduh! Apakah ini filem kegemaran anak-anak kita?

Memang benar! Ini filem anak-anak kita. Mereka sangat dahagakan comolot. Jika boleh, siarkan di dalam panggung wayang kemudian jual di luar negara. Kalau tidak laku, bagitahu saya. Nanti saya tahu ajar bagaimana hendak melakukan filem ini.

Nada ini memaksa saya berulang-ulang kali mendabik jiwa untuk menghentam dan memaksa ASWARA melakukan sesuatu yang rasional. Ya! Saya pernah menjejakkan kaki ke ASWARA tatkala bertemu dengan SR A. Samad Said. Tetapi keindahan ASWARA rupanya tidak lama apabila ianya tertutup dengan adegan Comolot yang menyesakkan.

Sudahlah kita berjejeran memarahi Gild Wilders menayangkan Fitna. Tetapi, rupa-rupanya ada juga filem serupa bahkan lebih terus daripada Fitna. Aduhai, manusia oh manusia.

Yang paling kecewa, salah seorang pelakon pembantu adalah kawan saya sendiri. Kami pernah sama-sama ber'camping' dan berada di dalam persatuan!

Benar! Saya ketahuan, beliau adalah pelajar ASWARA. Tetapi, mengapa ini yang dipamerkan! Menyesal! Paling membangangkan adalah "Berahi Tidak Memiliki Sempadan." Persetankan Comolot.

Saya mahu lahirkan filem Islam sebenar! Siapa yang teringin jadi pelakon, sila maklumkan. Terpaksalah saya berfikir masa depan saya pula ya!


Ulasan

fahdrazy berkata…
Gulp...! Hilang kata-kata!
Effy Saiful berkata…
mcm bong*k je cerita nih.. dah la pelakon sume x pandai berlakon.. adehh (T_T)
adibah abdullah berkata…
salam syafiq.

kalau benar itu misi saudara, bila sampai waktunya, khabarkan. insyaAllah saya tidak silu-silu mahu segandingan.

meow~

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...