Langkau ke kandungan utama

Andai Ini Sebuah Suratan

Oleh : typeace

Anak negeri mencari tuba,
Tuba dicari di Tanjung Jati;
Di dalam hati tidakku lupa,
Bagai rambut bersimpul mati.

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.

Ayam hutan terbang ke hutan,
Tali tersangkut pagar berduri;
Adik bukan saudara bukan,
Hati tersangkut kerana budi.

Ayam rintik dipinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga;
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.

Pada saat dan ketikanya kau pergi jua. Bukan dipinta pemergianmu itu. Kita ditakdirkan bertemu sampai di sini sahaja. Hanya doa dan harapan menggunung hanya untukmu…

Suasana meriah bertukar menjadi hambar seketika. Semua orang tahu kenapa dan mengapa. Sahabat – sahabat seperjuangan di Perlembahan Nil ini terpaksa meninggalkan ketandusan Bandar Kaherah dengan seulas senyuman. Bukan dirancang perpisahan itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah keperitan yang dialami oleh hati yang bergelar qalbu (bahasa Arab). Namun, itu semua tinggal kenangan. Yang pergi tetap pergi. Namun, terima kasih buat yang empunya diri. Menghadiahi sehelai baju jubah tanda terima kasih akan sebuah perkenalan. Terima kasih daun keladi.

Diari Hati

Ingat lagi beberapa hari yang lalu, kita sempat makan di Al-Baik berdua sahaja. Andai engkau pun tahu, kami sedih dengan pemergianmu itu. Aku yakin dan percaya, satu masa nanti kita bakal dipertemukan dalam lapangan yang lain pula. Kami sedih. Siapa lagi yang akan hidangkan lauk pauk majlis besar – besaran. Itu semua terlalu pahit untuk diceritakan.

Benarlah, andai ada budi dan jasamu… akan dikenang sepanjang waktu.

Senyum Sikit…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)