Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, December 29, 2006

Balah, Belah dan Bilah

Pertama kali melihat tiga kalimah dan perkataan ini, saya yakin dan percaya ia sesuai dijadikan tajuk bagi sesebuah cerpen atau novel. Walau tidak secanggih mana, tetapi ia mempunyai pelbagai maksud yang tersirat di sebalik kehidupan saya sekarang ini. Mari kita selongkar dan kaji beberapa elemen dan kisah penting di sebalik tirai ini.

Balah

Selepas pelantikan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 1 November yang lalu, saya terpanggil memberikan beberapa ulasan berkaitan isu – isu yang sering diperbalahkan oleh golongan cendiakawan Islam pada hari ini. Rata-rata apabila saya bersua dengan sahabat – sahabat seperjuangan di Perlembahan Nil ini, ramai di antara mereka yang kurang bersetuju dengan pelantikan beliau. Apa tidaknya, kemunculan beliau sebagai seorang mufti baru menimbulkan pelbagai kontreversi. Secara peribadi, saya gemar isu kontreversi. (kalau tidak tak der isu)

Bermula dengan isu khalwat, isu nada dering telefon dan sebagainya ia menjadikan saya berfikir panjang. (apalah isu selepas ini pula)

Walaubagaimanapun, perbalahan dan persengketaan antara pihak A dan pihak B (jika berkaitan) hendaklah dihentikan agar masyarakat khususnya di Malaysia tidak akan sama berbalah apabila ada pemimpin agama berbalah.

Belah

Ini pula berita yang kurang menggembirakan saya dan ahli bait di Thamin. Selepas kami di barrah (bahasa Ammiah Mesir) dari rumah (Zahra’) pada awal bulan Disember yang lalu, sekarang pula kami sekeluarga (konon-konon) terpaksa mencari tempat perlindungan di kawasan lain. Sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk bertalaqi dengan kitab masing-masing untuk peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. Namun, kami berlima terpaksa mencari tempat persinggahan di sekitar Kaherah.(Sedih tak)

Kami tak nak berpisah. Bukan apa, berpisah bukannya seronok. Walaupun ianya hanya sebulan namun perpisahan ini amat memberikan tekanan (khususnya kepada saya) untuk membaca buku lantas mencari halwa udara yang segar bagi menatap lima kertas peperiksaan yang akan bermula pada 10 Januari nanti

Bilah

Sudah dua kali saya terpaksa memotong ayam. Saya tidak pandai potong ayam. Ingat lagi, tahun lalu di Rumah Johor ada pertandingan memotong ayam. Alhamdulillah, saya tidak menyertainya. Jika tidak, mungkin akan timbul masalah sama ada malu atau sebagainya.

Justeru, apa kena mengena dengan istilah bilah. Sebilah pisau yang saya gunakan untuk memotong ayam itu sudah jadi tidak keruan. Tidak mengapa. Ini sebagai latihan. Tapi saya berjanji, selepas ini jika ingin membeli ayam, saya akan pastikan bahawa ia sudah siap dipotong di kedai. Hehehe.

Ini adalah sebahagian daripada cerita omong kosong saya. Jika ada yang nak tambah cerita ini silakan.

No comments: