Pertama kali melihat tiga kalimah dan perkataan ini, saya yakin dan percaya ia sesuai dijadikan tajuk bagi sesebuah cerpen atau novel. Walau tidak secanggih mana, tetapi ia mempunyai pelbagai maksud yang tersirat di sebalik kehidupan saya sekarang ini. Mari kita selongkar dan kaji beberapa elemen dan kisah penting di sebalik tirai ini. Balah Selepas pelantikan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 1 November yang lalu, saya terpanggil memberikan beberapa ulasan berkaitan isu – isu yang sering diperbalahkan oleh golongan cendiakawan Islam pada hari ini. Rata-rata apabila saya bersua dengan sahabat – sahabat seperjuangan di Perlembahan Nil ini, ramai di antara mereka yang kurang bersetuju dengan pelantikan beliau. Apa tidaknya, kemunculan beliau sebagai seorang mufti baru menimbulkan pelbagai kontreversi. Secara peribadi, saya gemar isu kontreversi. (kalau tidak tak der isu) Bermula dengan isu khalwat, isu nada dering telefon dan sebagainy...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran