1
detik dan keadaan menyeringaikan gigi
mengunyah sebuah jenazah
aku yang berdiri dalam sepi
dipanggil esok
bagaimana kalau kau pula
dimamah saat
dimamah hingga lumat
…1979
Petikan puisi T. Alias Talib berjudul Hidup dan Mati
Nukilan dari :
Warna Sari, Sastera Melayu Moden.
Penyelenggara :
Majlis Peperiksaan Malaysia
Terbitan :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Saya mahu anda faham sastera. Bukan saya orang sastera. Namun, kerana sasteralah anda akan berubah. Percaya atau tidak? Itu jawapan anda
Ulasan