(Gambar Sekadar Hiasan) Nikah Misyar: Antara Syara’ dan Adat (Beberapa Pandangan Ulama’ Semasa) Hasil Terjemahan : PMRAM 2006 Segala puji bagi Allah SWT tuhan pencipta sekalian alam. Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah: 1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri. 2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu. 3. Adanya wali bagi pihak isteri. 4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian. 5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum. Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk m...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran