Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bicara Akhir Februari

Saya mulakan catatan ini dengan satu fragmen novel saya sendiri. Mesir membawa saya beberapa peristiwa yang amat penting. Mesir mengimbau kenangan lama. Fragmen ini adalah permulaan sebuah telenovela. Bila akan disempurnakan, saya masih khuatir dan tidak tahu. Apapun, ini adalah sebuah perjalanan. BAB 1 “Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung.” Kitab suci al-Quran ditutup. Aiman Izzat meletakkannya di atas meja kecil. Dia mencapai tuala mandi lantas melulu masuk ke dalam bilik mandi. Sejurus, dia menyiapkan diri sebelum bergerak ke kuliah. Kitab Tafsir Ayat Ahkam dicapai dan dimasukkan ke dalam beg. Kemas dan terkejap di sisinya. “Awal Aiman hari ini? Nak cepat-cepat ke mana?” Rushdi menyapa. “Ada sedikit urusan di kuliah pagi ini. Ana mahu membayar yuran pengajian yang masih belum dijelaskan. Kalau lambat tentu kena tobur panjang…” Aiman mencelah. Aiman Izzat mencapai baju sejuk yang tergantung kemas di dinding bilik lantas menyarungnya. Aiman mengingatkan ahli baitnya di ru...

Setelah Enam Bulan

Blog ini tidak mencatat apa-apa peristiwa sepanjang enam bulan. Ini berikutan, saya sudah berpindah ke laman baru iaitu web peribadi. Walaupun demikian, dukacita dimaklumkan bahawa saya kerosakan laman web tersebut atas kesalahan saya sendiri. Daripada apa yang berlaku, telah menyebabkan halangan untuk mengarang. Maka, buat masa ini, saya fikir, laman ini wajar ditukar ganti dan saya boleh meneruskan kepengarangan saya di sini.

Gelak Terguling-guling

Ingin mengetahui warga kerja PTS yang sebenarnya, semuanya ada di bawah ini. Hanya 15 minit sahaja, Tuan-Tuan dapat mengenali sejumlah lebih 120 orang kakitangan di bawah pentadbiran PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. BP PMRAM pun boleh buat juga...Kami di Malaysia mahu melihatnya.

KLIA Mencatat Beberapa Peristiwa

KALI terakhir saya menjejakkan kaki ke KLIA adalah pada 13 September tahun lalu. Setelah hampir setahun - 25 Ogos yang lalu peluang itu datang kembali. Ada beberapa peristiwa yang dapat saya catatkan di dalam kamus peribadi. Pertama, bertemu dengan teman-teman dari Mesir iaitu Ustaz Syed Aisam, Ustaz Zainureen, Ustaz Rafis, Ustaz Abdul Hadi (teman-teman dari Perlis) - yang menghantar rombongan mahasiswa baru Perlis ke Mesir. Aduhai, KLIA banyak mendewasakan saya sebenarnya. Malam itu juga, penerbangan yang Anas naiki adalah penerbangan yang sama saya naiki sewaktu mula-mula tiba di Mesir. Saya masih inagt lagi, waktu itu penerbangan Qatar Airways jam 2.55 pagi. Jadual penerbangan itu masih sama lagi selepas hampir enam tahun saya merasainya pada 24 Oktober 2004. KLIA juga di antara lapangan terbang saya mulakan permusafiran dan menamatkan permusafiran. Di sini juga tempat saya mengenal 'departure' dan 'arrival'. Malam penerbangan Anas itu adalah malam yang banyak saya p...

Setelah Setahun Bergelar Graduan Al-Azhar

Gambar di atas adalah gambar terakhir sebelum saya bertolak meninggalkan bumi Mesir. Gambar ini juga yang menjadi saksi bahawa saya meninggalkan teman-teman seperjuangan di dalam PMRAM walaupun hati saya bertambah berat untuk pulang ketika itu. Namun, atas dasar tanggungjawab dan perlu meneruskan kehidupan bersama usia yang semakin dewasa, saya gagahkan diri untuk meninggalkan tebing permusafiran. Hari ini, setelah bergelar graduan Al-Azhar selama hampir setahun, banyak perkara yang saya pelajari. Banyak perhitungan yang saya dapat belajar. Banyak juga muhasabah yang saya berulang kali fikirkan. Dua malam sudah, saya menghantar seorang sahabat (Che Mohd Nor Anas) pulang ke Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (KLIA). Bisik saya, sudah hampir setahun rupa-rupanya saya tidak berpeluang ke KLIA ini. Aduhai, rindunya pada keluar masuk bagasi. Rindu juga pada letak duduk boarding pass. Semuanya itu tiba-tiba bergentayangan di dalam nubari. Tiba-tiba ada satu bisikan jahat dalam...

Siapakah Puan Ainon Mohd?

Untuk mengenali siapakah Puan Ainon Mohd, saudara boleh membacanya di sini. Sekiranya, saudara tidak mahu menekannya, boleh sahaja baca di bawah ini. Beliau ada Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS. Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Selain daripada itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan ...

Ogos

LOGO ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir) tiada kaitan dengan entri ini. Namun, beberapa hari lalu saya berbual dengan mantan Timbalan Setiausaha Agung PMRAM yang kini merupakan Penasihat PMRAM, Ustaz Abdul Malik Abdul Karim berkenaan perhimpunan besar-besaran mantan kepimpinan PMRAM. Ya. Percaturannya, ramai kepimpinan PMRAM yang kini sudah berada di Malaysia. Ada juga yang pulang bercuti termasuk tiga orang mantan Presiden PMRAM yang terkini iaitu semenjak tahun 2006-2009. Tentu meriah apabila 'kepala-kepala besar' ini disatukan. Tentu banyak perancangan yang akan disusun nanti untuk menyambut PMRAM yang berusia 80 tahun. Jika mantan dapat berhimpun, ini bermakna usia 80 tahun PMRAM tidak sia-sia. Kita juga mampu meletakkannya sebagai salah satu program semi MEGA kepada ulangtahun PMRAM. 2 Ogos ini, setelah hampir setahun saya pulang; saya telah membuat keputusan. Ya. Moga-moga diberikan rezeki oleh Allah Taala. Saya akan menyambung pengajian dan pendidikan di peri...