Langkau ke kandungan utama

Selamat Datang 2016

Selamat Datang Tahun 2016 yang penuh dengan cabaran luar biasa ini. Siapa yang beritahu demikian? Saya tidak pasti tetapi itulah yang kita dengar saban waktu dan hari.

Mulai 1 Januari 2016, saya telah mulakan percutian saya sebagai Penerbit Rancangan Radio IKIMfm. Maka tiada lagi konsul radio yang akan saya pegang an sebagainya. Itulah ketetapan yang telah dinikmatkan kepada saya.

Maka apa perancangan saya untuk tahun-tahun mendatang ini? Apa sebenarnya yang ingin dicapai sepanjang saya berada di atas muka bumi ini?

Semuanya akan dikongsikan dalam siri-siri mendatang.



Gambar di bawah ini sewaktu saya berforum bersama-sama SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dr Azhar Mohamad di Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kalau hendak difikirkan, memang jadi penyampai radio dan penerbit mungkin hebat dan boleh jadi luar biasa. Tetapi itu pengalaman sahaja. Pengalaman yang mematangkan. Pengalaman yang mendewasakan. Ada banyak lagi ruang yang perlu diisi setelah melepasi takah 30 dalam usia.

Apa yang saya ingin untuk sepuluh tahun mendatang? Apakah hanya mampu menggunakan penyapu untuk menyapu rumah atau sudah bijak untuk menjual penyapu yang lebih menguntungkan.

Apapun, itu adalah satu perjalanan seorang insan.

Misi Bermula. Segalanya Di Sini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)