Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Thursday, August 25, 2011

Apa Mahu Dirancang Pada Tahun Mendatang?


BULAN OKTOBER semakin hampir. Masuk bulan Oktober ini; tahun ketiga saya memulakan pengembaraan sebagai seorang yang bekerjaya.

Tahun pertama; meladeni dunia penerbitan yang kian mencabar. Tahun kedua; meladeni dunia penyiaran yang lebih-lebih mencabar.

Tahun ketiga apa pula? Ya! Biasanya bulan Ogos adalah bulan saya berfikir. Bulan yang akan menetapkan pendirian saya sama ada akan kekal di dalam satu-satu tempat atau beralih arah.

Tapi jika diberi peluang, selepas ini saya akan menerobos sempadan untuk berada di bahagian majalah pula. Entah ya...Saya fikir seharusnya majalah lebih mendidik saya terlebih dahulu sebelum saya menjejakkan kaki ke dalam bidang penyiaran.

Ke mana harus pergi?

Jika saya diberi pilihan pasti saya akan memilih menerobos sempadan tiga buah majalah. Pertama, Al-Islam di bawah seliaan Utusan Karya. Kemudian, Majalah I di bawah Karangkraf dan ketiga tentunya Majalah Milenia Muslim.

Ya. Saya fikir, apabila kita belajar daripada lipatan bawah...kita lebih berani untuk menyahut apa yang dikatakan penulisan terancang. Pasti...perjalanan masih belum berhenti. Saya mempunyai masa dan masa lagi.

Biar apa orang kata; saya tetap dengan cara saya. Usah mengalah apabila diberikan peluang sebegini rupa.

Ini langkah saya...


Monday, August 15, 2011

Mengapa Menyepi?


OH BERBULAN BULAN BULAN BULAN saya menyepi. Sengaja tidak mahu dikesani oleh mana-mana pihak walaupun saya berbicara di laman sesawang facebook dan twitter akhir-akhir ini.

Mungkin ada sebab saya menyepi buat sela masa yang terlalu panjang. Mungkin juga menyimpan segala kenangan agar ia tidak mudah-mudah tertumpah dengan mudahnya.

Ini sebuah blog. Blog yang telah mendewasakan saya - panjang masanya. Jika saya bukukan hasil tulisan saya ini tentu saya - kaya raya.

Dalam sela masa yang tidak ditumpahkan itu, saya ripuh dalam kesesakan. Banyak perkara yang berlaku. Banyak hal ehwal kehidupan yang tidak disangka terjadi. Biarkan tersimpan kejap di dalam sanubari saya sendiri.

Apalagi mahu di bicara pada sebuah penciptaan - selepas satu minggu bergelar kedewasaan yang kedua puluh enam - lalu hari ini seorang insan yang bergelar sahabat menjalani ibadah umrah.

Dan, semestinya kenangan melalui kota Greece dan London tidak saya mulakan di atas tinta yang bergelar blog ini.

Mengapa menyepi agak-agaknya? Saya tidak ada jawapan untuk soalan 'jahanam' itu.

Dan, pagi tadi usai menunaikan amanah diri - saya memutuskan untuk menjadi seorang 'Ain Maisarah'

Pasti!