Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, December 25, 2011

Ayahanda Azizi : Mengenang Sebuah E-mel


ENTAH mengapa saya memilih membeli buku ini. Saya tahu, jika saya beli di kedai buku PTS sendiri; saya akan mendapat diskaun lebih murah berbanding membeli di kedai pasaran.

Sedih. Itulah kalimah yang dapat diungkapkan tatkala melihat tulisan dan catatan teman saya Ustaz Rohidzir Rais yang memukadimahkan penulisan novel ini. Saya jadi tidak keruan mengenangkan Allahyarham.

Bos saya, Zainal Rashid Ahmad juga menulis tentang Allahyarham Cikgu Azizi Abdullah. Tulisan beliau tersiar di Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2011 yang lalu.

Saya salinkan sedikit :

Pulangnya seorang sasterawan rakyat

AZIZI Hj. Abdullah akan sentiasa dikenang sebagai sasterawan besar, meskipun selama hayatnya tidak menerima Anugerah Sasterawan Negara. Sejarah membuktikan, kehebatan seorang sasterawan sejati bukan terletak pada anugerah - namun sebaliknya, sejauh mana karya-karyanya mampu terus "hidup" merentas zaman ke zaman.

Azizi akan dikenang dengan susuk karyanya yang sangat merakyat - bermula dari cerpen Sisa yang disiarkan di Warta Mingguan, Pulau Pinang, Azizi terus menulis dan menulis hingga merentas 48 tahun - hingga saat pemergiannya pada 11 Ogos lalu. Azizi pernah menerima Hadiah Sako tahun 2002 anjuran Kumpulan Utusan menerusi novel Kawin Kawin selain menerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi cerpen Cermin (1990) dan cerpen Jati Diri (1995).


Baca lagi di sini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm&arc=hive

(2)

Dalam manis tawa kehidupan; saya menyelak e-mel saya satu ketika dahulu. E-mel ini saya hantar kepada Allaharyam sewaktu saya berada di Mesir. Entah mengapa saya memilih untuk berkirim e-mel dengan beliau.

Assalamualaikum w.r.b

Semoga cikgu berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Bersama-sama ini saya kirimkan beberapa gambar cikgu semasa di ASWARA.

Tahniah di atas kejayaan Sangheeta di dalam MASTERA ke-5 baru-baru ini. Teruskan usaha cikgu. Kami mendoakan agar cikgu sekalian akan tetap terus menulis demi Islam.

Sedari awal, saya tidak berkesempatan berbual lanjut dengan cikgu ketika di ASWARA. Namun, insya-Allah kesempatan yang lain akan ditunaikan untuk cikgu.

Doakan saya dan kawan-kawan yang sedang bermusafir panjang di ardul-kinanah ini. (Mesir)

Wassalam

SYAFIQ ZULAKIFLI
Penulis Timur Tengah
http://typeace.blogspot.com

Selang beberapa hari, cikgu membalas e-mel saya dengan jawabnya :


Anakanda Syafiq
Terima kasih banyak kerana mengirim gambar saya. Beruntung juga kerana saya tak ada kamera hari tu.Terima kasih kerana beri perhatian tentang penulisan saya.
Ke Timur Tengah? 5-6 tahun dulu adalah. Jumpa dengan pelajar di Azhar. Dah lupa. Mereka semua dah balik.
Saya mendapat tahu, Januari 2008 ada ura-ura nak jemput saya ke Siria, kononnya oleh pelajar di sana. Itu pun baru tanya-tanya saya boleh atau tidak. Kepingin saya nak pergi, kerana saya sayang pelajar aliran agama, sebab bakat orang belajar Arab tinggi.
Tengoklah, kalau ada rezeki, dijemput saya datanglah.
Saya dah lupa Syafiq. Tak ingat dah wajah, maklumlah dah tua.
Syafiq kalau ada bakat, jangan abai. Tulislah.
Kalau ada berita atau artikel tentang Timur Tengah, kirimlah kat saya. Dengan gambar berkenaan. Tak panjang kira-kira 1,000 perkataan. Kalau sesuai saya boleh siar di akhbar Utusan Pengguna di Penang. Saya jadi editor di sini. Beritahu kawan-kawan, artikel Plaestin atau apa-apa. Kirimlah.
Salam baik dan harap maju jaya Syafiq. Salam kepada kawan-kawan dari Ayahanda Azizi Hj Abdullah

Oh, hari ini saya menjamah karya terakhir beliau di dalam hayatnya...MANDALA DUNIA KEDUA.

No comments: