SEJAK tahun 2003, saya bercita-cita melanjutkan pengajian ke salah sebuah pusat pengajian tahfiz Al-Quran. Maka, pada bulan April 2003 (kira-kira tujuh tahun yang lalu) saya pergi menjalani temuduga untuk menempatkan saya ke Darul Quran di Maahad Muar, Johor pada waktu itu.
Percaya pada rezeki, saya tidak berjodoh dengan Darul Quran dan akhirnya ditempatkan ke Universiti Al-Azhar sejak akhir 2004-2009.
Hari ini, selepas tujuh tahun meladeni dunia pernghijrahan ini di samping saya sudah bergelar graduan, kali pertama saya berjodoh untuk bertemu dengan Darul Quran, JAKIM.
Tatkala berada di dalam masjid DQ, hati saya terdetik,"Betapa rindu saya pada suara imam yang mampu membaca ayat-ayat Quran surah panjang".
Realitinya, pada hari ini saya berhadapan dengan surau dan masjid di Malaysia yang hanya membaca surah lazim pada setiap kali waktu solat. Barangkali kerinduan mendengar ayat-ayat Allah terlaksana apabila mendengar suara imam di masjid Darul Quran di Kuala Kubu Bharu.
Saya beranggapan ini semua rezeki pilihanraya. Jika tiada pilihanraya di Hulu Selangor, saya juga tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke sini.
Tambahan : Kuala Kubu Bharu terletak di Parlimen Hulu Selangor.
Ulasan