Langkau ke kandungan utama

Jemputan Mengacara Majlis

PAGI tadi saya baru mendapat panggilan dari seorang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggantikan beliau sebagai pengerusi majlis acara di Putrajaya anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana. Majlis itu akan dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Ada rasa cuak, gerun, dan rasa terharu kerana saya adalah insan yang dijemput bersama-sama di dalam program besar itu (lebih-lebih lagi sebagai juruacara).

Pihak pengurusan memaklumkan bahawa mereka ingin menjemput Tuan Sayed Munawar (RTM) untuk mengacara tetapi 'bayaran tinggi'. Oleh itu saya sudi memenuhi permintaan penganjur.

Kali terakhir saya mengacarakan majlis adalah di hadapan Dato Johan Jaafar pada bulan November yang lalu.

Rasa bersemangat.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Syukur.... Syukur....
Tahniah! (semakin naik tinggilah bendera PTS)
Tarbus Merah berkata…
Saya suka menaikkan bendera PTS lebih tinggi sampai puncak...

Amin..

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)