Langkau ke kandungan utama

Saya @ Berita Harian



Pengarang kreatif 'tercekik'
Oleh Nurul Farina NazlanJustify Fullnfarina@bharian.com.my

Benarkah peraturan, sekatan dan akta menakutkan penulis, editor?

DIALOG Orang Muda (Dom) - Kebebasan: Penulis Tercekik? membongkar erti kebebasan sebenar dalam dunia penulisan dan istilah ‘tercekik’ yang sering digambarkan dalam dunia penulisan di negara ini.

Seramai 40 peserta dialog anjuran Biro Penulis Muda, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di Rumah Pena, Kuala Lumpur, baru-baru ini, bermatlamat mengumpul agenda sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011. Tutor Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Mohd Ali Atan, berkata penulis perlu mengenal diri-sendiri dalam menghasilkan karya terbaik dan boleh menggunakan konsep ‘mesyuarah’ dalam Islam bagi membolehkan pendapat sesuatu perkara dilontarkan.

“Ada kelompok penulis yang terpengaruh dengan konsep kebebasan dari Barat sedangkan sebenarnya aspek terbabit sudah ada di Malaysia, tetapi yang membezakannya ialah pelaksanaannya.

“Memang fitrah manusia inginkan kebenaran dan ada kalanya dalam mengejarnya, masyarakat moden lupa akan norma dan nilai yang perlu dipandang serius bagi menghasilkan karya yang mampu memberi ilmu kepada khalayak,” katanya.

Ketua Wartawan Malaysiakini Bahasa Malaysia, Mohd Jimadie Shah Othman, pula melihat kebebasan yang terhad di kalangan penulis, boleh dilihat melalui penulisan dan pernyataan dalam sesuatu perkara.

“Kebanyakan mereka menggunakan tanda soal pada hujung ayat atau perkataan ekoran perasaan takut, ragu dan tidak yakin yang timbul dalam pemikiran mereka selain penulis kita memang belum yakin dengan kebebasan.

“Ini kerana masyarakat Malaysia sering memberi pandangan negatif bila sesuatu itu dikaitkan dengan kebebasan. Walaupun dalam sistem demokrasi ada jaminan kebebasan, tetapi ia menjadi terhad ekoran kekangan dan batasan tertentu,” katanya.

Malahan, beliau mendakwa kebebasan bukan saja terjadi kepada mereka yang berkarya, malahan media juga berdepan masalah sama iaitu tiada kebebasan untuk menulis dan melaporkan kerana ada akta yang perlu dipatuhi.

Mohd Jimadie berharap, suasana bebas dalam dunia penulisan dapat direalisasikan oleh semua pihak kerana ia mampu meraikan kedamaian, suara realiti dan pandangan daripada pelbagai latar hidup masyarakat.

“Melalui kebebasan juga, kita akan dapat melihat perspektif yang lebih luas dan dalam konteks ini kita perlu sedar bahawa untuk meraikan kepelbagaian di negara ini, ia memerlukan kebebasan, tetapi jagan sampai tidak bertanggungjawab ke atas hak orang lain,” ujarnya.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Arif Mohamed pula berpandangan bahawa penulis sebenarnya bebas dalam menghasilkan karya mengikut pandangan dan kreativiti sendiri, tetapi ada batasan, tapisan dan keadaan tertentu yang membuatkan penulis terganggu.

Baginya, penulis dan sasterawan ibarat permata dalam membina maruah ketamadunan dan mereka perlu menggunakan ruang kreativiti dengan bijak serta perlu peka dengan isu yang tidak boleh diketengahkan dalam karya seperti agama, sejarah bangsa, politik dan perkauman.

“Panel yang berwibawa juga diperlukan untuk menilai sesuatu karya itu agar daya kreativiti penulis tidak terhad dan dicekik, ekoran ketidakfahaman pihak yang menilai, menyunting dan menerbitkan karya.

“Bagi saya, kebebasan dalam berkarya memerlukan inisiatif tinggi dalam diri penulis kerana mereka tidak boleh menghasilkan naskhah ‘syok sendiri’. Malah, untuk menghasilkan karya terbaik dan tidak dicekik pihak mana sekalipun, penulis perlu meletakkan sentuhan kebijaksanaan,” tegasnya.

Sesi dialog itu turut mendapat reaksi Editor PTS Publications & Distributors, Syafiq Zulakifli yang berpandangan bahawa program itu memberi ilmu yang jelas terutama kepada penulis muda berhubung kebebasan yang perlu ada batasannya. “Islam mengajar setiap daripada kita agar menyekat sesuatu yang boleh membawa kepada perselisihan faham dan pergaduhan. Tentunya ia merangkumi dunia penulisan yang memerlukan penulis condong kepada sastera berunsur hasanah atau kebaikan. “Sekiranya naskhah tidak elok, ia akan memberi kesan negatif terutama kepada generasi muda dan penulis perlu ada prinsip dalam setiap karya yang dihasilkan kerana dia bukan saja menjual karya tetapi, ilmu kepada khalayak,” jelasnya.

Penulis muda, Hazwani Rameli, pula menyifatkan tajuk yang dibincangkan relevan dengan suasana yang dihadapi oleh kebanyakan penulis terutama mencari makna kebebasan dalam berkarya agar tidak disalahtafsirkan.

“Saya bersetuju dengan pandangan ahli panel bahawa di negara kita memang tidak wujud kebebasan dalam erti kata sebenar ekoran adanya batasan, akta dan sekatan tertentu sehingga kebanyakan penulis tercekik ekoran sikap penerbit dan editor khususnya dalam hal yang membabitkan politik,” katanya.

Baca online di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...