Langkau ke kandungan utama

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur : PTS Sesak




HARI ini masuk hari keempat, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Walaupun saya masih teruja melihat tetamu dan pengunjung ke booth PTS, ada beberapa faktor yang saya fikir kurang selesa berlaku sepanjang PBAKL.

Paling mengharukan adalah kedapatan sesetengah penerbit dengan sengaja menjadikan pesta buku sebagai pesta jual ikan dan sayur. Kemudian, ada yang menganggap buku dijual di pesta buku tiada nilai dan harga.

Contoh :
"Diskaun! Diskaun! Beli buku yang murah sahaja. Yang mahal buat apa beli."

Perkataan dan kata-kata yang kita gunakan adalah aset perniagaan kita. Orang Melayu penuh dengan tingkah laku dan adatnya. Mereka tidak gemar dipaksa-paksa untuk membeli. Malah, mereka bukan badut yang perlu dipaksa membeli buku. Buku ada harga. Pembeli pula ada kuasa membeli. Hukum jual beli paksa adalah haram!

Ada pula penerbit yang beranggapan pesta buku adalah medan bersaing dan menjatuhkan pesaing. Barangkali ada yang menganggap gerai PTS terlalu sesak sehingga memaksa PTS tidak menggunakan pembesar suara kerana menganggu kelancaran jualan mereka.

Tambahan :

Saya hanya mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke booth PTS. Bukan dagang buku!

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Banyak-banyakkan bersabar.....
rahmahmokhtaruddin berkata…
Salam..

Tenang sahaja tuan. Rasanya pembaca kita sudah semakin bijak untuk memilih karya berasaskan kualiti dan bukan kuantiti..

Terus sahaja gunakan pembesar suara di pentas itu. Seronok pastinya mendengar suara seorang penyanyi asing mengalu-alukan kedatangan ke booth PTS ^_^
Izzah Al-Maliziyyah berkata…
Assalamu'alaikum WBT. Selamat mempromosi, menjual dan memborong 'buah tangan' KLIBF aka PBAKL 2010 dengan penuh sopan. PWTC bukan pasar malam. Bukan Old Town.

Ghairah, ghairah juga. Di mana pun pihak kita, baik penjual, pembeli.. nafsu harus terkawal. Tahniah PTS. Kekalkan kesopanan anda dalam berjual beli ilmu~

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...