Langkau ke kandungan utama

Suara Dari Dinding Rumah Ini



SAYA amat mencintai karya Habiburrahman El Shirazi ini. Betapa benar, dalam ripuh seorang pengarang saya tidak menyangka bahawa karya ini akan difilemkan.

Sejak sebulan yang lalu, saya mengketik butang youtube. Mencari filem 'Ketika Cinta Bertasbih' ini. Saya ingin menontonnya selepas berbulan-bulan ditayangkan di Indonesia; kemudian corong-corong radio sentiasa memutarkan lagu yang menjadi tema filem itu.

Syukur, dengan kemudahan internet yang begitu pantas, saya akhirnya dapat menonton filem ini. Saya teringatkan bandar Kaherah yang menjadi lokasi pengambaran filem ini. Saya teringat Al-Azhar, teringatkan Iskandariah, amat teringatkan itu dan ini.

Aduh, betapa kerinduan padamu Al-Azhar sedang berputik di dada ini. Namun, saya hanya mampu sangkutkan ranting kerinduan itu dibibir sahaja.

Teringat lagi, hampir dua tahun yang lalu ketika menyertai Bengkel Menulis Novel Best-Seller bersama Habiburrahman (Kang Abik), banyak panduan dan pengalaman diceritakan kepada kami selaku peserta, bagaimana menghasilkan novel yang sememangnya top-seller.

Saya teringin benar menulis karya besar untuk ditatap oleh generasi mendatang. Sekurang-kurangnya selepas Malaysia sudah menjadi ladang baharu bagi peminat fiksyen Islami, saya termenung panjang dan memikirkan jalan terbaik ke arah itu.

Mudah saya membuat kesimpulan. Drama 'Nur Kasih' yang berlatar belakangkan konsep Islam sedang digilai oleh remaja dan golongan dewasa hari ini.

Saya masih teringat lagi teman serumah saya (rumah sewa sekarang), ketika itu beliau ingin keluar ke kedai membeli makan malam, sempat beliau berpesan;

"Tolong tengokkan Nur aku ya!" - merujuk kepada watak Nur yang sedang berlayar di kaca tivi.

Oleh sebab pengaruh novel fiksyen Islam sudah berkembang di Malaysia, mengapa saya bukan sebahagian daripada mereka?

Tambahan :

1. Baru-baru ini, teman-teman di PTS berebutkan saya. Litera minta saya hantarkan manuskrip novel kepada mereka, kata Kak Asma : "Blogmu, cerpenmu, puisimu telah kubaca, hanya manuskripmu sahaja yang belum diterima. PTS Pro juga menjeling-jeling untuk saya menghasilkan novel usahawan, Islamika pula membawa saya ke dunia fiksyen mereka, dan yang paling terkesima bos saya; Tuan Nazri mengingatkan :

"Syafiq, kalau mahu bekerja di atas lantai, lupakan tanggungjawab pertama anda iaitu menghantar manuskrip ke unit sendiri."

Saya diam panjang. Tetapi sempat berfikir lawak Tuan Nazri itu. :)

2. Semalam saya dilamar oleh sebuah syarikat penerbitan untuk digandingkan saya dengan seorang selebriti TV3. Saya juga sedang memohon membuat pertimbangan dan akan memberikan keputusan selepas hari raya haji nanti.


Ulasan

Ezo berkata…
sokong syafik!! buktikan ko boleh....aku tunggu nak baca karya ko nih...

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)