Langkau ke kandungan utama

Bersama Faisal Tehrani di UKM

Nota semangat dari seorang pengarang




Dr Mawar Shafei dan Faisal Tehrani

DUA TAHUN terpisah. Pulang ke Mesir dan tidak berpeluang bertemu mata dengan penulis muda ini. Namanya, Mohd Faizal bin Musa. Kebanyakkan orang mengenalinya dengan nama Faisal Tehrani.

Pagi tadi, saya bersama Saudara Baharuddin Bekri ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif Faisal Tehrani.

Pada hemat saya, bengkel ini adalah sebuah perkongsian pengalaman dan perjalanan seorang penulis. Saudara Faisal Tehrani telah mendedahkan ceritera dan pengalaman sebagai seorang penulis. Bermula dari A hingga X. Walaupun saya yakin program sekitar dua jam itu hanyalah sebagai pembuka bicara, sekurang-kurangnya program ini memberi peluang bagi peminat bertemu mata.

Program hari ini bukan program yang polos semata-mata. Penuh wacana pengalaman yang amat sukar digali melalui program-program terbuka. Barangkali saya meng-kelas-kan program ini adalah program 'tertutup'.

Faisal mendedahkan suka duka dan kesedihan sepanjang jadi pengarang. Ya. Tuduhan 'pro-syiah' terhadap hasil karyanya juga dibincangkan secara adil. Bagi saya, wartawan dan pihak 'press' rugi tidak menghadiri kerana Faisal telah menjelaskan serba sedikit hal ehwal itu dan ini.

Barulah saya ketahui hal ehwal Novel 'Tuhan Manusia' yang sebelumnya berjudul 'Sebuah Rumah Di Utara' itu. Barulah saya mengetahui apa yang berlaku terhadap Kopitian Ghadir yang dihalang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Barulah saya mengetahui apa yang menimpa terhadap keluarganya setelah Faisal dilabel 'pro-syiah' dan bermacam-macam lagi.

Secara peribadi, bukan saya mempertahankan seorang penulis muda ini, tetapi sekurang-kurangnya saya mengetahui susur galur hidup yang penuh suka duka sebagai seorang pengarang.

Tambahan :

1. Faisal Tehrani kini adalah seorang pensyarah di ASWARA dan bakal bergelar Dr Faisal tidak lama lagi. Insya-Allah.

2. Faisal memaklumkan dunia 'harimau'nya menyebabkan pelbagai provokasi berlaku dalam karyanya. Fikir saya, bukan kerana 'harimau'nya itu tetapi kerana LEO itu. Oleh kerana saya juga LEO, saya mengetahui hal ehwal itu.

3. Ada hal ehwal "keduniaan syiah" yang tidak boleh didedahkan di sini. Hanya saya yang mengetahui. :)

4. "Syafiq, tulis perkara yang perlu tulis sahaja di blog," Faisal mengakhiri pertemuan saya dengannya.



Ulasan

mohamad kholid berkata…
wah, banyak ilmu yg sdr gali...
Puan Ainon Mohd. berkata…
Saudara memang mempunyai bakat diplomatik. Saudara pandai menjalin persahabatan dengan semua lapisan masyarakat, dari golongan biasa-biasa sehinggalah kepada mereka yang berbakat luar biasa....
syahirfikri berkata…
syiah dia niy syeihk......bertaubatlah...

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)