Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, August 04, 2009

Bahasa Johor 'Cacat'

SETELAH hampir empat tahun saya bersama-sama di dalam pentadbiran PMRAM, banyak perkara yang saya belajar. Paling penting adalah di dalam struktur komunikasi. Apabila bercakap dengan teman-teman di dalam pentadbiran, kebanyakkan daripada kami akan menggunakan bahasa moden dan antarabangsa (bahasa orang Selangor dan Johor).

Tetapi paling menakjubkan walaupun bahasa negeri Johor jadi pilihan tetapi rupa-rupanya bahasa Johor yang digunapakai oleh saya dan rakan-rakan senegeri rupa-rupanya 'cacat'.

Saya seringkali dikritik kerana tidak dapat bercakap dengan betul. Terutama di dalam menyebut perkataan-perkataan Arab. Ya! Akhirnya saya akui bahawa kebanyakkan orang Johor tidak mampu menyempurnakan makhraj yang sempurna termasuk melafazkan kalam-kalam Tuhan yang menggunakan makhraj yang tepat dan betul.

Lihat apa yang disebut oleh orang Johor :

Perkataan 'khat' selalunya disebut 'had' padahal sepatutnya 'hot'

Perkataan 'akhawat' selalunya disebut 'ahwat' padahal sepatutnya 'akhowat'

Perkataan 'zaqaziq' selalunya disebut 'zakazik' padahal sepatutnya 'zaqoziq'

Dikatakan bahawa huruf 'kho' adalah huruf yang paling bermasalah pada mahasiswa negeri Johor. Walaupun saya akui kelemahan itu tetapi saya kira itu masalah yang boleh kami atasi.

;)

2 comments:

NURUL LAILATI MAHAT said...

Masa mula-mula sampai di asrama BKPJM,saya rasa pelik juga dengar ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah di sana sebut 'ahawat' sebab di Mansurah,pelajar dari negeri lain sebut 'akhawat'.Kalau ada masalah dalam sebutan makhraj,itu maknanya mengaji al-Quran masih belum betul.Perlu belajar lagi.Tak usah terbawa-bawa dengan makhraj Jawa yang menyebut huruf 'ain sebagai nga atau kho sebagai ha.Malu nanti kena gelak dengan orang berketurunan lain ^_^ (anggap ini motivasi ya sebab saya adalah orang jawa yang sebut 'akhawat')

ajie said...

bukan bahasa johor yg cacat..tp sebutan saja yg silap...satu perkra yg berbeza yerkk pakcik.

sebab perkataan tersebut bukan asal bahasa melayu, ia dr bahasa arab...dan org arab pun kalau baca bahasa melayu johor...sudah tentu berbunyi lain...gitula pakcik oii..jgn mare...