Langkau ke kandungan utama

Analisis Kajian Khas!

KEGAGALAN MAHASISWA AL-AZHAR : SATU ANALISIS MAHASISWA FAKULTI BAHASA ARAB, TAHUN EMPAT, UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH, MESIR.

Oleh : SYAFIQ ZULAKIFLI

Pendahuluan

AKHIR-AKHIR ini pelbagai salah tanggap negatif dilemparkan kepada mahasiswa Al-Azhar terhadap keputusan peperiksaan. Ramai yang menganggap mahasiswa kita tidak belajar dan kurang memberi penumpuan di dalam pelajaran masing-masing.

Masing-masing tuduh-menuduh di antara satu sama lain. Paling merisaukan apabila pelbagai kenyataan akhbar keluar sehingga menemplak mahasiswa kita di Mesir.

Kertas kerja ringkas ini saya menulis selepas meninjau hasil keputusan peperiksaan mahasiswa Tahun Empat Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar yang telah keluar seminggu yang lalu di kuliah.

Hasil pemerhatian saya, beberapa perkara perlu diperbaiki sama ada daripada sudut pentadbiran, pengurusan dan pembelajaran mahasiswa Malaysia di bumi Mesir.

Saya mengharapkan agar analisis ringkas ini mampu memberi peluang kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya mengorak langkah membuka jalan baharu terhadap pembangunan mahasiswa kita di bumi Mesir.

Hasil Analisis dan Punca

Keputusan peperiksaan dibahagikan kepada dua bahagian.

Pertama : Keputusan mahasiswa Mesir
Kedua : Keputusan mahasiswa Luar Negara

Apabila keputusan peperiksaan dibahagikan kepada dua bahagian, kita dapat melihat barangkali sistem pemarkahan mahasiswa Mesir dan mahasiswa Luar Negara berbeza. Tetapi kita tidak pasti adakah sistem pemarkahan berbeza ataupun masih menggunakan perkiraan markah yang sama.

Walaubagaimanapun, daripada pemerhatian yang dilakukan keputusan peperiksaan bagi mahasiswa Fakulti Bahasa Arab Tahun Empat adalah seperti berikut :-

Mahasiswa Mesir
MUMTAZ (TIADA)
JAYYID JIDDAN (SEORANG)

Mahasiswa Luar Negara
MUMTAZ (TIADA)
JAYYID JIDDAN (SEORANG)

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyenaraikan bilangan mahasiswa JAYYID, MAQBUL dan GAGAL kerana saya memerlukan statistik yang lebih tepat dengan mengira satu-persatu dan memang amat menyukarkan.

Selepas melihat keputusan ini, kita melihat bahawa mahasiswa yang mampu mendapatkan Jayyid Jiddan hanya seorang. Calon peperiksaan yang lain hanya sekadar Jayyid, Maqbul dan Gagal.

Pada hemat saya, ada beberapa sebab perkara ini berlaku :

1. Sistem pemarkahan Universiti Al-Azhar, Mesir yang terlalu strict menyebabkan ramai mahasiswa yang tidak mampu mencapai standart keputusan.

2. Mahasiswa tidak didedahkan dengan sistem menjawab soalan peperiksaan bagi mencapai standart Universiti Al-Azhar, Mesir.

Oleh yang demikian, apabila ramai menyalahkan mahasiswa Al-Azhar terhadap keputusan peperiksaan yang seringkali gagal dalam peperiksaan, saya mengesyorkan beberapa perkara perlu dianalisis semula. Tuduhan melulu kepada calon peperiksaan tanpa hasil kajian mendalam seharusnya tidak berlaku.

Kejayaan mahasiswa di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak menjamin kejayaan yang kekal di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Oleh kerana kita sudah melihat bahawa ramai mahasiswa STAM yang mendapat MUMTAZ sekalipun, tidak mampu membawa pulang segulung ijazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan, tuduhan ini seharusnya dikaji semula.

Oleh yang demikian, tuduhan kepada mahasiswa kita yang tidak belajar adalah tidak boleh digunapakai kerana hasil pemerhatian saya, kebanyakkan mahasiswa kita belajar dan mengulangkaji pelajaran semasa peperiksaan berlangsung.

Oleh kerana sistem peperiksaan Al-Azhar adalah 100% daripada sistem peperiksaan akhir tanpa memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan markah tambahan, beberapa perkara ini wajar diambil perhatian.

Barangkali juga melihat daripada statistik itu, kita akan mengatakan, "Boleh pun orang lain dapat JAYYID JIDDAN" tetapi bagi saya, mengapa hanya seorang!

Cadangan dan Saranan

Saya mengesyorkan beberapa pendekatan difikirkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi menangani masalah ini disamping membantu meningkatkan prestasi pendidikan mahasiswa kita di bumi Mesir.

Persatuan pelajar perlu memainkan peranan dengan memfokuskan pendidikan di dalam sistem organisasi dan mahasiswa diberi latih tubi secukupnya sebelum menjelang peperiksaan.

Mekanisme memberi bantuan juga perlu difikirkan kerana hasil pemerhatian kita bahawa ramai mahasiswa lapar tidak mampu belajar dengan baik. Mereka tidak selesa berada di rumah malah terpaksa berniaga dan mencari peluang untuk menyara kehidupan masing-masing.

Saya mencadangkan pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah mengkaji permasalahan pelajar di samping persatuan mahasiswa perlu bekerjasama di dalam memelihara kesepakatan ini.

Penutup

Ini hanyalah kajian ringkas dan banyak kecacatan yang perlu diperbaiki. Daripada satu sudut yang lain, kita menjangkakan pelbagai faktor dan punca lain menjadi sebab kepada kegagalan tersebut.

Barangkali mahasiswa kita juga tidak menggunakan masa yang ada untuk memaksimumkan tenaga kerja di dalam pembelajaran mereka.

Kita perlu kaji lagi.

Ulasan

Unknown berkata…
Saya sanjung usaha ini.Kalau sudi,datanglah ke pejabat saya bincangkan masa depan kertas itu.
Tarbus Merah berkata…
En Hazam,

Saya menghulur tangan memikirkan masa depan anak-anak Melayu dibumi Mesir ini.

Semoga ada kebaikan daripadanya.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Saya ucapkan terima kasih atas pendedahan ini. Dalam entri dulu-dulu pun saudara ada singgung-singgung isu pencapaian rendah pelajar kita di sana. Tetapi baru sekarang saya tahu keadaan sangat serius....

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)