Langkau ke kandungan utama

Belajar Dari Laskar Pelangi


DALAM kemeriahan (saya gembira kerana ada peluang untuk memasuki dewan peperiksaan Al-Azhar) menghadapi imtihan (peperiksaan), kita sedang diselimuti satu filem yang amat 'bernilai'.

Dalam bahasa sastera dinamakan nilai kognitif. Ia membawa pengertian karya yang mampu menjana daya taakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik.

Saya tidak menjanjikan anda akan terlelap menonton filem motivasi 'Laskar Pelangi' ini. Bagi yang belum menonton (terutama mahasiswa kita di Mesir) saya mencadangkan tonton sebentar, supaya kita yang sedang dalam 'kemalasan' untuk peperiksaan bangkit dan terus ke bilik mengambil buku yang masih bersisa belum dikhatamkan.

Filem Laskar Pelangi adalah adaptasi daripada novel Laskar Pelangi karangan Andrea Hirata. Bagi saya, kalian tidak pernah mengetahui dan membaca novel ini sebelum ini bukan? Ya! Betapa ramai daripada kita tidak berminat membaca novel daripada terus menonton filem.

Walaupun demikian, filem yang berjalan sekitar dua jam ini memberi pencerahan kepada semua pihak sama ada mereka yang berada di kelas menengah, kelas pengajian tinggi atau apa sahaja kelas untuk memberikan suntikan semangat kepada diri kita.

Sama ada anda sudah berusia pun, anda harus menonton filem ini. Pada saya 'nilai' dalam filem ini lebih berharga.

Sedikit saya mencatat berkenaan Laskar Pelangi. Selebihnya, anda cari filem ini sendiri kemudian tonton dengan rasa jiwa kehambaan.

Sejujurnya, saya tidak pernah di sekolahkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR). Malah, saya tidak pernah menuntut di pondok-pondok tok guru untuk menadah kitab. Tetapi saya belajar di sekolah aliran agama yang berorientasikan pendidikan agama secara formal. Saya namakan sebagai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri (SMAN). Oleh yang demikian, semangat dan pengorbanan anak-anak SD (sekolah rendah agama di Indonesia) saya tidak dapat rasai. Tetapi sekurang-kurangnya saya belajar menjadi orang susah.

Saya baharu menekuni menghasilkan satu karya bertemakan kemiskinan. Sudah dihantar kepada editor. (Ada rezeki, terbitlah)

Apa yang saya belajar daripada filem Laskar Pelangi?

1. "Kalau Mahu Pintar Belajar! Kalau Mahu Berhasil Usaha!" Nah! pada saya ini adalah klimaks filem. Walaupun klimaks yang paling penting bagi penonton adalah watak Lintang yang terpaksa meninggalkan sekolah selepas kematian ayahnya bagi menyara keluarga, tetapi itu dinamakan peleraian. Dalam dunia filem mahupun kepengarangan, pengakhiran cerita dinamakan peleraian. Oleh itu, klimaks awal sedang berlaku pada waktu ini (dimana wasiat daripada Tuk Bayan Tula dengan kata-kata awal tadi)

2. Nilai seterusnya adalah SEMANGAT BELAJAR PERLU DITERUSKAN. Peranan telah dimainkan selepas Pak Harfan meninggal, dan semua pelajar tidak mahu ke sekolah termasuklah seorang guru wanita (Bu Muslimah) yang sudah ketemu kebuntuan dan kedukaan.

Watak Kal dan Lintang

Kal : Sekolah apa ini, tak ada guru-guru dan murid-murid.

Lintang : Kal, ayah aku ada empat orang anak. Tiga perempuan, seorang lelaki. Harusnya aku diajak jadi nelayan. Dan bisa dapat ikan lebih banyak. Tapi, aku dihantar ke sini. (SD Muhammadiyah). Dia ingin aku mengejar cita-cita di sini. Kita semua harus punyai cita-cita. Dan di sekolah inilah perjalanan itu kita mulai. Kita harus terus sekolah.

3. Nilai seterusnya adalah nilai BANGKIT SETELAH GAGAL. Semangat yang ditunjukkan dalam filem ini memberi kesedaran kepada kita bahawa kegagalan bukan bermakna tidak mampu beroleh kejayaan. Yang penting usaha. Jangan malas-malas.

Ada banyak lagi nilai yang saya peroleh. Oleh kerana menulis juga 'menganggu' waktu saya belajar, saya tinggalkan dulu yang lain.

Saya pinjam kata-kata ini daripada seorang teman;

Saya menaakulkan
"Teman...rupa-rupanya kita tak pandang bulan yang sama"

Dia menjawab;
"Moga-moga bulan yang kita pandang sama rupanya.."


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)