Langkau ke kandungan utama

Politik Pentadbiran Negeri Johor

KITA menghormati pandangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Sumber Manusia) apabila menukarkan YB Dato' Haji Zalil bin Baron (gambar) sebagai Pengarah Jabatan Agama Johor kepada jawatan Pengurus Besar Yayasan Pelajar Johor.

Tetapi, harus diketahui bahawa pertukaran Dato' Haji Zalil difahamkan adalah satu konflik yang berlaku di dalam Jabatan Agama Johor apabila Dato' Haji Zalil tidak merelakan penjualan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang dan Maahad Johor untuk diberikan kepada kerajaan pusat.

Oleh yang demikian, kita mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana berjuang menegakkan amanah kerajaan negeri.

Untuk pengetahuan, setahu saya Pengarah Jabatan Agama Johor hendaklah diisi oleh pegawai tadbir kelas JUSA C. Tetapi kini, yang menjawat jawatan hanyalah seorang pegawai tadbir N52, Tuan Haji A. Rahman bin Jaafar. Kita menghormati akan pertukaran pegawai kerajaan negeri Johor atas arahan orang-orang dalaman!


Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Takbir! Ucapan tahniah kepada Dato' Zalil Baron kerana dengan apa yang dia telah lakukan.

Kalau benarlah kisah ini. Apa udang sebalik batu yang kerajaan pusat nak buat???

Kalau nak jahanamkan sekolah agama rakyat. Tunggu sahaja pilihanraya akan datang. Itu pun kalau rakyat johor yang amik berat.
Admin berkata…
Assalamu'alaikum

Benarkah perkara ini sheikh?
Ezo berkata…
Jawatan pengarah jabatan Agama Johor bukan bertaraf JUSA "c",harap dapat tanya pihak yang berkenaan.

Jawatan yang bertaraf jusa c hanya MUFTI sahaja dalam herarki organisasi pentadbiran institusi agama di Johor.

Kenapa marah sangat dengan sistem SABK? cuba lihat sekolah Al Attas dan An nur,apakah kurikulum al azhar dimansuhkan? dah lihat perjanjian pendaftaran di bawah SABK? Apakah guru SAR Johor terbela? Pernah baca komen sebahagian guru SAR Johor di AKHBAR berkenaan kebajikan mereka yang terabai?

Jabatan Agama atau Majlis Agama TIDAK MEMBELA Sekolah Agama Rakyat yang sedia ada.

Intensif yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada SAR yang berdaftar sebagai SABK jauh lebih baik.Jangan ikut MASRIAH yang langsung tak berkualiti duduk terceruk dalam belukar time ada ceramah PAS kudakan anak-anak mentah minta sedekah bawa kantong untuk PAS!!!!
anti_fitnah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)