MECD, KPT Lancar Program Usahawan di Mesir

KAHERAH 28 Nov. - Tujuh belas usahawan akan mengambil bahagian pada pameran dan jualan produk, di sini sempena Program Pembudayaan dan Gerak Usahawan di Mesir selama tujuh hari.

Pameran Gerak Usahawan di Pusat Persidangan Antarabangsa Kaherah, Mesir itu yang turut disertai sembilan agensi kerajaan, berlangsung pada 30 November dan 1 Disember ini.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu akan dilancarkan oleh Timbalan Menteri MECD, Datuk Saifuddin Abdullah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MECD, Alwi Ibrahim memberitahu, program Gerak Usahawan di Kaherah dan Iskandariah itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Malaysia di luar negara mengenai sektor keusahawanan dan potensinya bagi mencetuskan minat mereka terhadap sektor itu sebelum tamat pengajian masing-masing.

Mesir ialah negara pertama pelancaran program itu.

"Mereka akan didedahkan mengenai industri berpotensi, peluang pembiayaan dan khidmat nasihat, malah kami membawa wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan pelajar yang sudah sedia menubuhkan syarikat, mendaftarkan syarikat masing-masing," katanya.

Comments

sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu dtgnya dari berniaga. elok timba pengetahuan itu, cari pengalaman, pupuk kemahiran. Supaya diri tidak rugi, tidak terlepas peluang.

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim