BAHASA CHAT : Pelajar Melayu Jangan Kurang Ajar

Adakah sepatutnya dialog ini ditulis di dalam iklan?

ali : sihat?
abu : chat aja...
abu : dgq kata ada buku baru..
abu : sungguh ka?

Saya tidak kira sama ada anda orang utara, atau selatan, atau timur mahupun barat seharusnya bahasa slanga tidak digunakan di dalam iklan. Anda tahu betapa kurang ajarnya anda terhadap bahasa Melayu sendiri kerana anda mempermainkannya?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa orang Melayu sendiri yang merosakkan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah orang Melayu hanya menjadi seorang tupai yang layu.

Iklan adalah sesuatu yang bersifat kormesil. Memperkenalkan produk dan barang-barang sama ada secara langsung ataupun tidak. Justeru, bahasa sms, bahasa chatting bukanlah sesuatu yang seharunya digunakan.

p/s : Orang yang mahu solat, meletakkan kopiah di atas kepala bukan di atas lutut. Itu tidak adil namanya.

Comments

ainon mohd said…
Berbahasalah sebagaimana Nabi Muhammad (salam dan salawat buat baginda) berbahasa, yakni beliau sentiasa menggunakan bahasa yang bagus dan betul sebutannya, pemilihan katanya dan nahunya, sebagaimana yang dicatatkan dalam hadith-hadith sohih.

Kalau pelajar-pelajar aliran agama sendiri tidak ikut Sunnah Rasulullah apabila bercakap dan menulis, bagaimana ya?
typeace said…
Puan Ainon,

Barangkali kita perlu mengadakan kempen berbahasa untuk semua peringkat sama ada golongan terpelajar dan sebagainya.

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim